Connect with us

Oh! Media

“Kami Dihalau Dari Rumah, Waktu Tu Saya 7 Tahun” – Anak Zainal Abidin Dedah Trauma Waktu Kecil

Ohmedia zainal Abidin

Oh! Artis

“Kami Dihalau Dari Rumah, Waktu Tu Saya 7 Tahun” – Anak Zainal Abidin Dedah Trauma Waktu Kecil

Anak Zainal Abidin, Timur Gabriel berkata, mereka keluar dari rumah sehelai sepinggang.

Personaliti media sosial Timur Gabriel tampil dengan satu luahan jujur mengenai kehidupannya yang selama ini disalah anggap oleh ramai pihak.

BACA: Zainal Abidin Tak Mahu Layan Isu Anak, Anggap Hanya Yang Berbintikan Zainal Anak Sebenar

Dalam satu hantaran, anak kepada penyanyi Zainal Abidin berkata, ramai yang ingat dia datang daripada keluarga yang berada.

IKLAN

“Saya trauma zaman kecil, tak percaya orang dan diri sendiri”

Namun, sebenarnya dia mengalami episod yang sangat trauma sewaktu kecil. Dedahnya, seawal usia 7 tahun, dia bersama ibu dan abang terpaksa keluar daripada rumah sehelai sepinggang.

Ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal terpaksa bekerja keras membesarkan mereka selepas bercerai dengan bapa.

Lebih lucu lagi, pada usia 10 tahun Timur dah bercita-cita nak hadiahkan ibu sebuah rumah. Kini, impiannya telah tercapai.

Masih terbuka terima ‘sugar daddy application’, tapi bersyukur sampai ke tahap ni

Timur Gabriel

Walaupun berkongsi dengan nada berseloroh tentang kesediaannya menerima ‘sugar daddy application’, Timur tetap menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya sampai ke tahap ini dalam hidupnya.

Luahan Timur ini menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata kagum dengan ketabahannya melalui liku hidup yang tidak mudah.

Pssttt! Kadang-kadang, apa yang orang nampak hanyalah luaran. Di sebalik senyuman, mungkin ada perjuangan yang tidak diketahui sesiapa. Semoga Timur terus kuat dan terus menjadi inspirasi buat ramai.

Kredit: Instagram Timur Gabriel
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas