Oh! Artis
Pernah Cerai Tapi Rujuk, Rumah Tangga Penyanyi Ini Didakwa Bergolak Sekali Lagi
Penyanyi, Kaka Azraff memohon orang ramai dapat mendoakan yang terbaik.
Seperti yang umum sedia maklum, penyanyi popular Kaka Azraff pada Oktober tahun lalu pernah berpisah dengan suaminya, Adam Azriff.
Namun, mereka kembali rujuk sekitar Januari lalu. Terbaru, rumah tangga pasangan ini didakwa bergolak sekali lagi.
Tidak cuba mengelak, hanya mahu jaga perasaan semua

Memetik laporan xtra, Kaka ketika ditemui media memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut buat masa ini.
Kaka berkata, masih tiada kepastian mengenai status perkahwinannya dan hanya memohon doa agar segala urusan keluarga dipermudahkan.
Penyanyi ini hanya akan berkongsi status sebenar sekiranya sudah ada kepastian. Dia juga mahu menjaga perasaan banyak pihak yang terlibat dalam isu ini.
Hal ini melibatkan ramai orang. Sebelum ini ada orang kata sampai bila saya nak lari. Saya tidak melarikan diri, cuma sedang menjaga banyak hati. Saya rasa kalau saya buka cerita ini boleh mendatangkan fitnah.
Kaka turut memaklumkan hanya akan bersuara jika sudah pasti statusnya bagi mengelak fitnah terus bertebaran.
Luah perasaan melalui lagu

Kaka lebih selesa berkongsi perasaan dan kisah hidupnya melalui lagu-lagu yang kini dalam proses penerbitan.
Difahamkan, kebanyakan lagu dalam album ini ditulis oleh Kaka sendiri dan menyentuh tentang pengalaman peribadinya.
Pssttt! Kadangkala diam itu lebih baik daripada berbicara tanpa kepastian. Kita doakan yang terbaik buat Kaka, anak-anak dan keluarganya agar terus kuat menghadapi ujian hidup.
Kredit: xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM