Connect with us

Oh! Media

Lepas 3 Tahun, Suspek Kes Tembak Ibu Hamil Di Kelantan Akhirnya Dicekup

Ohmedia ibu Hamil

Oh! Tidak

Lepas 3 Tahun, Suspek Kes Tembak Ibu Hamil Di Kelantan Akhirnya Dicekup

Suspek kes tembak ibu hamil di Pasir Mas akhirnya dicekup selepas 3 tahun menghilangkan diri.

Siasatan kes tembak seorang ibu hamil di Pasir Mas, Kelantan tiga tahun lalu menemui sinar apabila suspek dikenali sebagai Aimay akhirnya diberkas.

Memetik laporan Sinar Harian, Aimay atau nama sebenarnya Zulhakimy Aiman Suhairuddin dipercayai menghilang selepas kejadian yang meragut nyawa ibu kepada tiga orang anak tersebut.

Suspek berjaya ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 7 malam, Rabu lalu di Jalan Bukit Lata, Pasir Mas.

IKLAN

Tak mengaku terlibat dalam pembunuhan, didapati positif dadah

Bhmotifai 1654501615
Foto BH Online

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, siasatan awal mendapati Aimay tidak mengaku melepaskan tembakan ke atas mangsa.

Suspek juga tidak mengaku terlibat dalam insiden tersebut. Hasil pemeriksaan air kencing pula menunjukkan suspek positif dadah jenis methampitamine.

Suspek positif dadah

Ibu Hamil Maut

Turut ditahan semasa serbuan adalah rakan Aimay yang turut positif dadah jenis sama. Namun, pemeriksaan ke atas mereka tidak menemui sebarang barang menyalahi undang-undang.

Semakan mendapati suspek yang ditangkap bersama Aimay itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan pada 9 Jun 2022 bahawa Zulhakimy merupakan saksi penting yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes seorang ibu tunggal yang ditembak mati dalam keretanya di Kampung Repek, Pasir Mas.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan yang ketika itu hamil tujuh bulan, ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di perut sebelah kiri.

Polis akan meneruskan siasatan lanjut selepas tempoh reman diperoleh untuk mendapatkan keadilan buat mangsa dan keluarganya.

Pssttt! Semoga keadilan dapat ditegakkan demi mangsa dan anak yang tidak sempat dilahirkan. Kami harap siasatan dapat dijalankan sebaiknya dan mereka yang terlibat menerima hukuman setimpal.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas