Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Lelaki Hasilkan Potret Pasangan Selebriti Guna ‘Rubik Cube’ Tuai Pujian Netizen

Oh! Lifestyle

(VIDEO) Lelaki Hasilkan Potret Pasangan Selebriti Guna ‘Rubik Cube’ Tuai Pujian Netizen

Semasa musim pandemik ini, aktiviti masyarakat yang terhad membuka peluang kepada mereka untuk menyerlahkan kreativiti di dalam rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: Bukan Selebriti, Shuib Dedah Ibu Susuan Buat Ayash Affan

Pelbagai idea diluahkan termasuklah membina sebuah pondok kecil, menyunting video, mencipta sesuatu daripada barangan terpakai (DIY) dan sebagainya.

Namun, sudah menjadi lumrah bagi pencinta seni apabila mampu menghasilkan sebuah potret dengan menggunakan barang selain daripada peralatan seni.

Cipta potret guna rubik cube

Bak kata pepatah, jika sudah ada bakat seni dan idea kreatif, semua benda boleh dihasilkan menjadi sebuah karya seni yang menakjubkan.

Itulah yang sesuai digambarkan kepada seorang pemuda apabila telah menghasilkan sebuah potret pasangan selebriti Malaysia hanya menggunakan rubik cube.

Menurut laporan Kosmo, pemuda tersebut yang bernama Zabli AB Hadi telah memuat naik video berkaitan karyanya di aplikasi TikTok bernama @abam.takaful.

@zablihadi

Al Fatihah Buat Almarhumah Siti Sarah #sitisarah

♬ original sound – dekwaaaaaa – Dekwa

Difahamkan, potret pasangan selebriti yang juga pelawak dan penyanyi, Shuib dan arwah isterinya, Siti Sarah dihasilkan menggunakan kira-kira 400 buah rubik cube.

Menurut Zabli, rakaman klip video berdurasi 49 saat itu merupakan karya pertamanya yang dimuat naik di aplikasi TikTok dan dijangka lebih banyak lagi potret akan dihasilkan.

Netizen mengagumi bakatnya

Meninjau pada ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum terhadap hasil karya itu dan memuji usaha yang dilakukan pemuda itu.

Harap Shuib tengok

Selain itu, terdapat juga netizen yang bertindak mengetag nama Shuib di ruangan komen agar pelawak itu menyedari hasil karya itu

Sehingga hari ini, klip video berkenaan telah ditonton lebih 420,000 kali dan dikongsi lebih 18,000 pengguna.

Kredit: TikTok @abam.takaful I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas