Connect with us

Oh! Media

Jadi Saksi Setiap Detik Dalam Kehidupan, #GengKepci Kongsi Momen Rakyat Malaysia Bersama Mereka

Geng Kepci

Branded

Jadi Saksi Setiap Detik Dalam Kehidupan, #GengKepci Kongsi Momen Rakyat Malaysia Bersama Mereka

“Adik dah dapat first gaji! Jom kita pergi makan dekat KFC!”

Perasan tak, dalam banyak-banyak tempat, KFC juga menjadi pilihan untuk go-to spot?

Tak kisah apa jua jenis keraian pun, dapat gaji pertama ke, cemerlang dalam peperiksaan ke, sambut hari jadi ke, atau sekadar nak belanja keluarga, KFC tetap jadi pilihan. 

Jujur cakap, KFC ni dah memang ada tempat istimewa dalam hati setiap rakyat Malaysia dan ia juga menjadi saksi dalam setiap fasa hidup kita.

Jadi, disebabkan terlalu banyak kenangan manis bersama, #GengKepci hadir berkongsi momen rakyat Malaysia sebagai tanda penghargaan atas sokongan kepada mereka selama ini. 

Kalau nak tahu apakah antara momen-momen yang #GengKepci bawakan, meh sini meh kami kongsikan.

Dari Set Penggambaran Ke Pelamin, Pasangan Mempelai Kongsi Detik Bersama KFC

Atototo sweetnya Irfan dan Ellyna ni! Itulah orang kata, kalau dah jodoh, tak ke mana. 

Pada awalnya mereka berdua ni hanyalah talent yang dipilih oleh KFC untuk penggambaran iklan, tup-tup naik pelamin sama-sama. 

Apa yang membuatkan majlis ini bertambah manis adalah mereka bawakan sekali hidangan KFC untuk imbau semula detik perkenalan mereka tau.

Haa, siapa cakap bila kahwin kena hidang makanan tradisi je? Boleh je tau korang nak bawakan KFC dalam majlis korang. 

Apa-apa pun, buat pasangan, semoga berkekalan hingga ke Jannah!

Beri Kejutan Untuk Kawan-Kawan Yang Menemani Sepanjang 40 Tahun Uncle Apam Balik

Korang ingat lagi tak ada satu video yang Uncle Roger interview seorang pak cik jual apam balik di Jalan Petaling? 

Haa, respon santainya yang menyatakan dia menggemari KFC dan menjadi peminat setia selama 40 tahun telah mencuri perhatian pihak KFC, di mana pada tahun 2024, KFC telah belanja beberapa hidangan kepada pak cik tersebut sebagai tanda penghargaan. 

Tak berhenti di situ, pada tahun lepas, KFC beri satu lagi kejutan kepada pak cik tersebut kerana telah menjadi #GengKepci. Lagi best, bukan setakat pak cik tu saja dapat, kawan-kawan di sekelilingnya pun dapat juga tau! 

Momen macam ni lah yang kita akan ingat sampai bila-bila betul tak? Siap ada yang request kata jangan tutup KFC cawangan Jalan Sultan lagi. KFC ni memang betul-betul berharga.

Ingatkan Ayah Saja, Rupanya Satu Keluarga Sekali Pun Terkejut!

Pernah satu ketika media sosial digemparkan dengan sebuah video viral yang cukup manis semasa sambutan Hari Bapa. 

Kalau korang ingat, ada satu video memaparkan gelagat anak-anak cuba memberi kejutan kepada ayah mereka yang baru saja balik dari kerja, di mana dalam video tersebut mereka menghidangkan KFC untuk menyambut Hari Bapa bersama-sama. 

Tanpa buka ruangan komen, kita sendiri tahu yang ramai orang tag KFC supaya video tersebut dapat perhatian mereka sebab momen macam inilah yang kebanyakan rakyat Malaysia rasai. 

Jadi, #GengKepci buat kejutan khas untuk keluarga ini dengan membawa hidangan KFC kepada mereka. Jujur cakap, bila tengok momen macam ni, rasa terharu pun ada kan?

Dari Sekolah Rendah Sampai Universiti, KFC Sentiasa Jadi Pilihan

@kfcmalaysia

Another day, another Geng Kepci story ❤️ Siapa sangka, majlis konvokesyen pun KFC boleh buat surprise! Korang pun mesti ada moment best dengan KFC kan? Jangan lupa share dengan kami dan GengKepci okay! 😉 Kepci GengKepci

♬ original sound – kfcmalaysia – kfcmalaysia

Biasalah, mak ayah selalu janji kalau cemerlang dalam peperiksaan mesti akan offer KFC betul tak? Samalah macam cerita yang Sophia Shukri kongsikan dengan #GengKepci!

Menurut Sophia, KFC sentiasa menjadi pilihan apabila dia bersama keluarga ingin meraikan kejayaan, tak kira dari segi akademik mahupun sambutan hari jadi atau penerimaan anugerah.  

Jadi, untuk mengenang balik momen-momen bahagia tersebut, Sophia berhubung dengan KFC menerusi e-mel untuk meraikan konvokesyennya. 

Sophia yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik terkejut apabila melihat #GengKepci all out meraikan dirinya bersama keluarga tersayang. 

Korang yang nak konvo tak lama lagi tu, dah boleh mula emel KFC okay? Mana tahu keluar-keluar dewan #GengKepci terjah, siap bawa Chicky, macam Sophia!

Satu Perkongsian Menggamit Memori Rakyat Malaysia

Selain Sophia, ada satu lagi cerita yang #GengKepci kongsikan, di mana seorang ayah membuat satu hantaran di media sosial, menyambut anaknya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. 

Dalam hantaran tersebut, terdapat juga satu kepilan gambar di mana mereka menyambut kejayaan tersebut di KFC. 

Percaya tak, hanya dengan satu hantaran ini saja, boleh menyeru ramai rakyat Malaysia untuk berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan ayah ini? 

Dari sini kita dah boleh nampak yang KFC ni bukan sekadar hidangan, malah ia juga tempat yang penuh dengan kenangan manis bersama tersayang. 

Gaji Pertama Terus Belanja Keluarga Makan

Satu lagi momen indah yang kami dapat daripada #GengKepci ni adalah kisah Shuhada yang membelanjakan seluruh ahli keluarganya dengan hidangan KFC selepas menerima gaji pertama. 

Shuhada yang bekerja di Gelang Patah, Johor, sanggup pulang ke Pontian semata untuk berkongsi hidangan KFC bersama keluarganya setelah menerima gaji pertamanya tau.

Namun, apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila kami dapat tahu yang sebenarnya ibu Shuhada memang teringin sangat nak makan KFC. 

Apa jua keadaan sekalipun, keluarga tetap nombor satu, dan sebagai anak, kita pasti nak balas jasa ibu dan ayah kita dengan berkongsi rezeki yang kita perolehi betul tak?

Kongsikan Pengalaman Dengan #GengKepci

Macam yang kami katakan tadi, KFC ni memang ada tempat khas dan istimewa di dalam hati setiap rakyat Malaysia. 

Dari kisah pasangan mempelai sampailah ke sambutan kejayaan anak mendapat keputusan cemerlang, semuanya disambut dengan KFC. 

Jadi, apa kata lepas ni kalau korang ada plan nak sambut atau meraikan sesuatu bersama tersayang, jangan lupa untuk berkongsi dengan #GengKepci sekali okay?

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas