Connect with us

Oh! Media

Menteri Pelancongan Umum Festival Budaya Malaysia 2026 Dapat Sambutan Ramai, Jana ROI Sebanyak RM56.5 Juta

Ohmedia tiong King Sing

Trending

Menteri Pelancongan Umum Festival Budaya Malaysia 2026 Dapat Sambutan Ramai, Jana ROI Sebanyak RM56.5 Juta

Festival Budaya Malaysia catat ROI RM56.5 juta dengan 772,192 pengunjung, sekali gus beri impak ekonomi kepada komuniti setempat.

Festival Budaya Malaysia (FBM) dilihat mampu menjadi antara pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan sektor pelancongan negara menerusi penglibatan pemain industri serta komuniti setempat.

Menurut laporan Berita RTM, penganjuran festival berkenaan berjaya memberi pulangan pelaburan (ROI) sebanyak RM56.5 juta menerusi penganjuran di Kuala Lumpur dan Johor pada 2025 serta Perak baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata sebanyak 772,192 pengunjung telah menghadiri ketiga-tiga penganjuran festival tersebut.

IKLAN

Jumlah itu sekali gus menunjukkan seni, budaya dan warisan Malaysia masih mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran festival ini mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat, termasuk pengusaha makanan tempatan, pemandu pengangkutan, penggiat seni, usahawan kecil dan artisan kraf.

Kerajaan usaha naik taraf destinasi pelancongan

Tiong King Sing

Tiong berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi membantu negeri-negeri menaik taraf destinasi sedia ada serta mewujudkan destinasi baharu.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan cuba sedaya upaya mencari peruntukan bagi membantu negeri-negeri menaik taraf destinasi sedia ada serta mewujudkan destinasi baharu untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Budaya Malaysia 2026 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

Featival Budaya Malaysia 2026 tampilkan pelbagai warisan

Ohmedia menteri pelacongan

Festival Budaya Malaysia 2026 berlangsung dari 11 hingga 16 September di Taman Tasik Titiwangsa.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk persembahan seni tradisional, pameran budaya serta pengenalan keunikan warisan dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Kerjasama antara semua negeri juga dilihat penting bagi memperkukuh daya tarikan pelancongan Malaysia dan menarik lebih ramai pelancong ke destinasi seluruh negara.

Sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan 2027 (VM2026-2027), Tiong turut menyeru rakyat supaya memberikan layanan mesra kepada para pengunjung.

Saya menyeru rakyat supaya menyambut pengunjung dengan semangat Mesra Malaysia, selain menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran serta menjadi duta kecil negara dalam memperkenalkan keunikan Malaysia.

Nota Oh! Media:
Festival bukan sekadar tempat untuk berseronok dan mengenali budaya. Jika diurus dengan baik, ia juga boleh membuka ruang pendapatan kepada peniaga, penggiat seni dan komuniti setempat. Dalam masa sama, kita sebagai rakyat boleh sama-sama menjaga kebersihan dan memberikan layanan baik kepada pelancong.

Sumber: Berita RTM
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas