Oh! Artis
Sarah Yasmine Kembali Jadi Perhatian Gara-Gara Ada Gambar Pelakon High Council
Nama Sarah Yasmine kembali menjadi bualan selepas tangkap layar dan hantaran “Sarah Who?” mencetuskan tanda tanya netizen.
Pada
Nama Sarah Yasmine kembali menjadi bualan selepas tangkap layar dan hantaran “Sarah Who?” mencetuskan tanda tanya netizen.
Oleh
Nama Sarah Yasmine bukanlah asing dalam kalangan netizen selepas sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang pelakon sekitar April 2024.
Ketika itu, pelakon berkenaan mengakui pernah mengenali Sarah selepas mereka bertemu dalam sebuah acara di Singapura. Namun, dia menegaskan hubungan mereka sekadar kawan dan tidak lagi berhubung selepas pertemuan tersebut.

Selepas sekian lama, nama Sarah kini kembali diperkatakan apabila satu hantaran di Threads memuat naik beberapa tangkap layar yang didakwa mempunyai kaitan dengannya.
Apa yang mencuri perhatian, pemilik akaun tersebut hanya meninggalkan kapsyen ringkas, “Sarah Who? 👀”.
Bersama hantaran itu turut disertakan beberapa gambar, termasuk tangkap layar seorang wanita serta perbualan WhatsApp yang ada menyebut nama ‘Amir’.

Walaupun perkongsian itu mula mengundang tanda tanya, tiada konteks terperinci diberikan mengenai apa sebenarnya yang berlaku atau kaitan sebenar tangkap layar tersebut.
Sebelum ini, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Sarah turut menyifatkannya sebagai seorang yang baik dan banyak membantu sepanjang acara mereka di Singapura.
Buat masa ini, maksud sebenar di sebalik hantaran “Sarah Who?” serta kesahihan konteks tangkap layar tersebut masih belum dijelaskan.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...