Connect with us

Oh! Media

“Bila Gaduh Fixed, Bukan Block Unblock” – Emma Maembong Dan DJ Kidd Kembali Bercinta

Ohmedia emma

Oh! Artis

“Bila Gaduh Fixed, Bukan Block Unblock” – Emma Maembong Dan DJ Kidd Kembali Bercinta

Emma Maembong sah kembali bercinta dengan DJ Kidd.

Pelakon Emma Maembong dan kekasihnya, DJ Kidd disahkan kembali bercinta apabila muncul di siaran langsung TikTok semalam.

Dalam siaran langsung itu, Emma menjawab pertanyaan netizen mengenai detik percintaan mereka. Katanya, dia berhubung semula dengan DJ Kidd selepas DJ Kidd menyampaikan salam melalui seorang rakan.

DJ Kidd mengaku cepat melenting, Emma penyabar

Emma ketika itu sedang shooting drama dan rakan DJ Kidd merupakan krew penggambaran. Menurut Emma, di awal perkenalan DJ Kidd seorang yang cepat melenting.

IKLAN

Dia pula banyak bersabar menyebabkan kekasihnya itu semakin matang dari hari ke hari. Malah, DJ Kidd juga belajar bahawa putus cinta sesuatu yang sangat menyakitkan buat dirinya.

Dulu saya kuat melenting, saya kurang menghargai. Tapi bila saya sedar yang kehilangan tu sangat sakit, saya betulkan segala-galanya. We fixed everything.

Tambah Emma lagi, kini DJ Kidd sudah sedar bahawa beri kenyataan kepada umum mengenai percintaan mereka adalah salah dan tindakan block unblock media sosial juga tidak wajar.

Tambah Emma lagi, dia sangat selesa dengan DJ Kidd kerana mereka hanya menjadi diri sendiri. Dia menggambarkan percintaan mereka seperti drama lakonannya Seadanya Kita.

Di ruangan komen, netizen tertanya-tanya sama ada pasangan ini sudah berkahwin. Netizen mempersoalkan kemesraan yang ditonjolkan pasangan ini dan berharap mereka segera dihalalkan untuk mengelakkan fitnah.

Pssttt! Dalam hubungan, setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan. Apa yang penting, kedua-dua pihak belajar, berubah dan berusaha memperbaiki keadaan.

Semoga hubungan Emma Maembong dan DJ Kidd kali ini lebih matang, tenang dan terus bahagia selepas melalui fasa yang tidak mudah sebelum ini.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas