Connect with us

Oh! Media

“Apa Lagi Modal Pihak Lawan Yang Paling Berkesan Selain Menyalahkan DAP?” – Anthony Loke 

Ohmedia prn N9

Oh! Negara

“Apa Lagi Modal Pihak Lawan Yang Paling Berkesan Selain Menyalahkan DAP?” – Anthony Loke 

Anthony Loke jangka DAP jadi sasaran naratif perkauman di PRN Negeri Sembilan.

Menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang bakal bermula 18 Julai ini, DAP sudah bersedia berdepan serangan politik yang dijangka tertumpu kepada isu perkauman.

Memetik laporan Sinar Harian, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa parti itu sekali lagi akan dijadikan ‘punching bag’ oleh pihak lawan untuk membina persepsi negatif terhadap Pakatan Harapan (PH).

Anthony Loke dakwa DAP bakal terus disalahkan

Anthony Loke 1

Menurut Anthony, naratif menyalahkan DAP bukan perkara baharu, malah beliau mendakwa ia sudah mula dimainkan sebelum kempen rasmi bermula.

IKLAN

Apa lagi modal pihak lawan yang paling berkesan selain menyalahkan DAP dengan mengatakan apa sahaja isu yang berlaku di Negeri Sembilan, semuanya salah DAP. Sebenarnya kempen seumpama itu dah mula pun dan kita dah dengar kerana kita pun ada pengintip-pengintip untuk melihat apa yang mereka buat. Jangkaan bahawa naratif yang akan dipermainkan semua salah DAP.

Ahli Parlimen Seremban itu mendakwa Perikatan Nasional (PN), khususnya Pas, sudah mula menggunakan pendekatan berkenaan bagi memastikan DAP dan PH tewas dalam PRN kali ini.

Anthony turut memberi contoh kenyataan Tan Sri Annuar Musa di Facebook yang menulis bahawa ‘jika anda tidak boleh menang, anda masih boleh membuat musuh anda kalah’.

DAP tak pernah guna sentimen perkauman

Anthony Loke 2

Katanya, kenyataan itu menggambarkan strategi pihak lawan yang bukan semestinya mahu menang, tetapi mahu menjatuhkan PH melalui sokongan kepada pihak lain.

Ini pendekatan jelas yang digunakan dalam PRN Johor. Itu sebabnya banyak kerusi mereka tak letak calon dan mengarahkan penyokong mereka mengundi calon BN.

Anthony menegaskan DAP tidak pernah membawa sentimen perkauman dalam perjuangan politik mereka.

Malah, beliau berkata DAP bersama PH telah membuktikan kemampuan mentadbir Negeri Sembilan dengan baik sejak tahun 2018.

Disebabkan itu, Anthony berharap rakyat Negeri Sembilan tidak mudah terpengaruh dengan kempen yang menurutnya cuba membina kebencian terhadap DAP.

Selain isu naratif terhadap DAP, Anthony turut membangkitkan persoalan mengenai hubungan antara Pas dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Beliau menggesa kedua-dua pihak supaya bersikap terbuka dan menjelaskan kepada rakyat jika benar wujud sebarang bentuk kerjasama politik.

Pssttt! Dalam musim pilihan raya, macam-macam naratif akan muncul dan rakyat pula perlu lebih bijak menilai setiap dakwaan yang dibawa. Apa pun strategi parti politik, yang paling penting adalah ketelusan kepada pengundi supaya mereka dapat membuat keputusan berdasarkan fakta, bukan sekadar sentimen.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas