Connect with us

Oh! Media

Reaksi Pengantin Lelaki Malu-Malu Nak Salam Pasangan Sampai 2 Minit Tarik Perhatian Ramai

Gelagat pengantin malu ohmedia

Oh! Lifestyle

Reaksi Pengantin Lelaki Malu-Malu Nak Salam Pasangan Sampai 2 Minit Tarik Perhatian Ramai

Haa, korang yang dah berkahwin tu. Masa majlis akad nikah, berjalan lancar tak? Kebanyakkan pengantin tak kira lelaki atau wanita, mesti akan berasa malu dan gemuruh.

Macam apa yang dilalui pasangan yang tular di TikTok di mana pengantin lelaki dilihat gementar ketika ingin menyarungkan cincin ke jari pasangannya.

Pengantin lelaki itu turut dilihat menggunakan tisu sebagai alas ketika memegang isterinya selain mengambil masa lebih 2 minit untuk selesaikan acara batalkan wuduk itu.

IKLAN

Alahai pengantin ni malu-malu pula. Pertama kali jumpa yang macam ni.

Keadaan itu turut memaksa seorang makcik membantu pengantin lelaki dengan menghulurkan tangan pengantin perempuan bagi mempercepatkan acara.

Tapi masa kucup dahi, boleh tahan juga pengantik lelaki ni ya?

Bagaimanapun, apa yang yang menjadi perhatian netizen ialah apabila ketika sesi mengucup dahi pengantin perempuan, pengantin lelaki itu malah mengucup sebanyak dua kali tanpa tersipu-sipu malu.

@mashitahmashitah1

Alhamdulillah… Dpt jodoh yg tepat utk ank nakan aq #Maisarah jodoh pilihan Allah… Org baik dpt jdoh pn yg baik ii…

♬ Kehilanganmu Berat Bagiku – Clip.co

Meninjau di ruangan komen, netizen telah meluahkan rasa kurang senang dengan pengantin lelaki tersebut kerana seolah-olah melengahkan masa.

Apapun, kita sebagai orang luar yang tidak ada kena mengena dengan mereka, biarlah sebab jika ia berlaku dalam ahli keluarga kita, mesti saat tu akan jadi memori lucu yang akan dikenang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas