Connect with us

Oh! Media

Rasmi Labuhkan Tirai, Ini 5 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Paralimpik

Oh! Lifestyle

Rasmi Labuhkan Tirai, Ini 5 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Paralimpik

Pada ahad yang lepas, Temasya Paralimpik Tokyo ditutup secara rasminya oleh Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons.

ADVERTISEMENT

BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Pelekat Bahu Jadi Punca Atlet Perenang Negara Tersingkir

Sepanjang temasya ini berlangsung, Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak 3 pingat emas dan 2 perak serta menduduki tempat ke-39 daripada 163 buah negara.

Ia jelas merupakan salah satu pencapaian terbaik bagi atlet Paralimpik Malaysia dan semoga mampu menambah koleksi pingat pada temasya berikutnya.

Walaupun tirai sudah dilabuhkan, mari kita lihat beberapa fakta menarik yang anda perlu tahu tenang paralimpik.

1. Atlet OKU pernah bertanding dalam Olimpik

Sumber: uwr.zone

Sukan Paralimpik mula diperkenalkan pada tahun 1960 dan pertama kalinya berlangsung di Rom, Itali. Sejak dari itu, sukan ini dianjurkan setiap empat tahun sekali.

Oleh sebab Olimpik terlebih dahulu ditubuhkan, maka atlet-atlet kurang upaya (OKU) juga pernah bersaing dalam sukan Olimpik.

Antaranya ialah Oliver Halassy yang merupakan seorang atlet OKU yang pernah bertanding dalam temasya ini pada tahun 1928, 1932 dan 1936.

Beliau yang kehilangan sedikit kaki kirinya akibat kemalangan jalan raya merupakan salah satu atlet yang paling terkuat dalam pasukan polo air Hungary.

Oliver juga pernah memenangi pingat perak dalam sukan Olimpik 1928 dan kemudian meraih emas di Olimpik 1932 dan 1936.

2. Debut acara badminton dalam Paralimpik 2020

Paralimpik Tokyo 2020 merupakan temasya pertama yang memperkenalkan acara badminton setelah lebih 60 tahun penubuhannya.

Lebih mengejutkan, Malaysia berjaya menjadi antara negara pertama yang memenangi emas dalam acara ini selepas disumbangkan oleh atlet badminton negara, Cheah Liek Hou.

Dalam temasya ini, atlet untuk acara badminton disusun menjadi enam kelas iaitu dua kelas kerusi roda, dan empat kelas berdiri.

Sebahagian besar peraturan badminton Paralimpik adalah sama dengan versi Olimpik, termasuklah ketinggian jaring yang berdiri lebih dari 5 kaki.

Bagi atlet kelas dua kerusi roda, mereka akan menggunakan kerusi roda dengan modifikasi khas seperti sandaran rendah bagi membolehkan mereka membuat lebih banyak pukulan, serta roda tambahan bagi mengimbangi kerusi tersebut.

3. Pelari buta akan digandingkan dengan guide runner

Bagi pelari yang mengalami masalah penglihatan, mereka tidak dibenarkan berlari bersendirian, sebaliknya akan ditemani oleh seorang guide runner.

Guide Runner merupakan penunjuk arah bagi atlet yang bertanding serta mempunyai kepakaran bagi memastikan kedua-dua atlet selaras dengan pergerakan masing-masing.

Atlet akan diikat dengan tali kecil pada kedua tangan atau lengan mereka dan guide runner akan memainkan peranan yang penting dalam mengatur pergerakan atlet Paralimpik.

Selain itu, pelari yang mempunyai masalah penglihatan akan selalu berada di hadapan guide runner. Jika pelari itu memenangi pingat, maka guide runner juga turut menerima pingat.

4. Atlet pertama pernah menang pingat di Olimpik dan Paralimpik

Pelik tapi benar, rupanya terdapat seorang atlet yang pernah memenangi pingat dalam dua temasya berbeza iaitu dalam Olimpik dan Paralimpik.

Atlet tersebut dikenali sebagai Pal Szekeres yang berasal dari Hungary menjadi satu-satunya atlet yang pernah merangkul pingat tersebut.

Perkara itu dilakukan pada Olimpik Seoul 1998 sebagai seorang pemain lawan pedang profesional dan berjaya membawa pulang pingat gangsa.

Namun pada tahun 1991, beliau mengalami kemalangan bas dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Namun, Pal berjaya memenangi emas untuk sukan lawan pedang versi kerusi roda di Paralimpik Barcelona 1992.

5. Acara Boccia dan Goalball hanya dipertanding di Paralimpik

Atlet Boccia negara, Chew Wei Lun telah berjaya memperoleh pingat perak dalam acara itu walaupun pada asalnya tidak disasarkan untuk memenangi pingat.

Namun, adakah kita tahu bahawa sukan Boccia hanya dimainkan di sukan Paralimpik dan tiada sukan yang sama wujud di Olimpik.

Acara ini dipertandingkan oleh atlet dengan kecacatan fizikal yang teruk. Walaupun pada asalnya dirancang untuk dimainkan oleh atlet yang mengalami cerebral Palsy, tetapi kini merangkumi atlet dengan kecacatan teruk lain yang mempengaruhi kemahiran motor.

Bagi Goalball, ia merupakan sukan yang direka khas bagi atlet yang mengalami masalah penglihatan. Seramai tiga peserta akan bertanding dan akan melemparkan bola yang mempunyai loceng yang diletak dalam bola ke gol lawan.

Bola hanya dilempar menggunakan tangan dan tidak dibenarkan menggunakan kaki. Mereka akan bergantung kepada tangan dan telinga hasil dari latihan permulihan

Bagi atlet yang berbadan sihat pula, mereka dikehendaki untuk menutup mata mereka menggunakan kain ketika acara tersebut sedang berlangsung.

Walaubagaimanapun, atlet sukan Paralimpik negara yang berjaya menyumbang pingat layak diberi penghargaan serta habuan berkat kerja keras mereka.

Namun, tidak dilupa juga atlet Paralimpik lain yang tidak berjaya memenangi sebarang pingat. Usaha keras mereka bagi mengharumkan nama negara juga layak dipuji.

Semoga atlet negara akan terus memperbaiki jumlah kutipan pingat emas pada temasya berikutnya sekaligus meletakkan Malaysia dalam negara yang digeruni seluruh dunia.

Kredit: iloveborneo.my I Harian Metro I infosentral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas