Connect with us

Oh! Media

mom

Oh! Arena

MOM Akhirnya Tukar Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik Paris

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi satu kenyataan mengumumkan memilih corak belang Harimau yang lebih garang di pakaian rasmi untuk Kontinjen Malaysia ke Paris 2024.

ADVERTISEMENT

Tindakan itu diambil selepas mengambil kira respon mengenai reka bentuk dan motif harimau yang dikatakan tidak menonjol.

BACA: “Bergantung Dengan Bajet” – Pakaian Rasmi Kontinjen Ke Olimpik Paris Dikecam, Ini Respon MOM

Presiden MOM, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, selain corak baharu, logo MOM kembali dilakar mengikut warna-warna Jalur Gemilang termasuk lima gelung olimpik.

Bagi kemeja T berkolar emas pula, MOM mengekalkan corak dan motif yang sama. Pihaknya menukar lakaran logo MOM mengikut Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati bendera negara.

baju olimpik paris

Namun, logo Yonex atau YY sebagai pihak penaja tidak dipaparkan di kedua-dua jaket dan kemeja T disebabkan faktor masa.

Keputusan itu dipertimbangkan MOM selepas mendapat kebenaran daripada Yonex Sunrise Malaysia. Pihak penaja turut memberi izin khas kepada MOM untuk mencetak dan mengeluarkan jaket dengan fabrik pengilang berbeza.

Ini adalah kerana proses untuk Yonex Sunrise Malaysia mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan proses kelulusan di antara mereka dan pengilang sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama itu.

MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) berharap semangat Harimau pada baju dapat dijadikan inspirasi kepada atlet nanti.

Dalam pada itu, MOM menghargai Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, yang menghormati kedudukan MOM sebagai badan payung Persatuan Sukan Kebangsaan yang bebas dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebagai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) sejak 1954.

MOM juga berharap seluruh rakyat Malaysia dapat memberi sokongan penuh kepada Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Kredit: olympics | X @redzuannewsmpb

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas