Connect with us

Oh! Media

Paralimpik Tokyo 2020: Pelekat Bahu Jadi Punca Atlet Perenang Negara Tersingkir

Oh! Tidak

Paralimpik Tokyo 2020: Pelekat Bahu Jadi Punca Atlet Perenang Negara Tersingkir

Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara rasmi membuka tirai semalam selepas upacara perasmian pembukaan di Stadium Nasional berlangsung.

ADVERTISEMENT

BACA: Kenapa Atlet Kena ‘Shower’ Selepas Terjunan? Ini Sebabnya

Sudah semestinya, sukan kali ini akan menjadi mengubat rindu kepada masyarakat Malaysia selepas berakhirnya temasya sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Seramai 22 kontigen negara termasuk empat atlet wanita telah menyertai kejohanan kali ini bagi merebut pingat emas daripada 4,403 atlet yang bertanding.

Untuk hari ini, acara renang menjadi salah satu acara yang sedang dipertandingkan sebagai acara pembukaan dalam temasya kali ini.

Pelekat bahu jadi punca tersingkir

Namun, atlet Malaysia bermula dengan langkah kiri selepas perenang negara, Muhammad Nursaiful Zulkafli tersingkir dalam acara renang 200 meter (m) gaya bebas.

Nursaiful tidak melepasi peringkat saringan acara berkenaan di Pusat Akuatik Tokyo, pagi tadi, apabila penyertaannya dibatalkan.

Hal itu kerana terdapat beberapa kesilapan teknikal kerana dia meletakkan pita pelekat di bahagian bahunya yang terdapat bisul.

Perkara itu ternyata mengecewakan atlet negara itu, apatah lagi ia bukanlah kesalahan yang berpunca daripada pihaknya.

Sudah berjumpa pegawai petugas

Menurut Utusan Harian, Nur Saiful menyatakan bahawa dia sudah pun berjumpa dengan pegawai bertugas bagi mendapatkan kepastian tentang pelekat itu.

Namun, pihak mereka tidak memberikan jawapan yang pasti menyebabkan dia bertindak menampal pelekat tersebut pada bahunya.

Sebelum pertandingan saya sudah berjumpa pegawai bertugas mengenai masalah saya. Mereka tidak beri jawapan yang pasti. Mereka kata saya boleh nampak tape (pelekat) atau tanggalkannya.

Sehari sebelum pertandingan juga saya sudah berjumpa pegawai yang bertugas, jawapannya tetap sama. Mereka juga beri jawapan 50-50, boleh letak atau tanggalkan.

Jadi bila tiada jawapan pasti, saya pilih untuk tampal pelekat bagi mengurangkan rasa sakit di bisul berkenaan sudahpun bernanah.

Tidak putus semangat

Nur Saiful

Walaubagaimanapun, perkara yang berlaku pagi tadi tidak langsung mematahkan semangatnya dan akan tetap berusaha dalam acara yang seterusnya.

Katanya, dia mahu menebus kekecewaan apabila turut dalam acara 100m gaya bebas esok, selain masih mempunyai dua saingan lain untuk disertai iaitu 50m gaya bebas dan 100m kuak dada.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mendoakan agar dia serta atlet paralimpik yang lain terus berusaha dalam memburu sasaran pingat yang telah ditetapkan.

Kredit: Utusan Harian I Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top