Masuk minggu 3 bulan ramadan, pasti ramai antara kita yang tepu tak tau nak masak apa. Screenshots resepi dari media sosial sampai beratus-ratus gambar, yang dimasak hanya beberapa menu je.
ADVERTISEMENT
Konon nak jaga pemakanan, tapi masih makan makanan yang tinggi kolesterol. Tak pe, bermula hari ni, mari kita cuba amalkan dan pilih makanan yang dimasak menggunakan produk yang lebih sihat dan enak.
Sebelum ni, kami pernah share 6 Koleksi Resepi Ringkas IDEAL-Fitri tau. Kalau korang terlepas boleh klik pada pautan di bawah;
Jadi nak dijadikan cerita gais, ramai juga yang dah cuba resepi yang dikongsikan dan ada yang olah sedikit untuk kelainan rasa. Ini kami kongsikan antara video yang dihasilkan menggunakan resepi ringkas Ideal-Fitri.
Bahan – Bahan 1 kg Udang 1/2 biji Nanas 2 biji Bawang Merah (dikisar) 10 biji Cili Kecik & 1 biji Cili Besar (dikisar) 1 ruas jari Kunyit Hidup (dikisar) 1 batang Serai (dititik) 1 tin Air (guna tin susu IDEAL®) 1 tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® 1 helai Daun Kunyit (dihiris) 2 sudu bahan perasa atau garam secukup rasa
Kita kisar bawang merah, cili besar,cili kecik & kunyit hidup dengan sedikit air.
Panaskan kuali masukkn bahan yang dikisar tadi, kacau sekejap kemudian boleh masukkan sebatang serai yg dititik.
Kacau sebati, masak sampi air dalam bahan kisar kering.
Bila air dah kering tambahkan air untuk jadikan kuah. Tambah air kemudian kacau lagi hingga mendidih. Bila dah mendidih boleh masukkan nanas & udang.
Kacau sebati, masak hingga udang kekuningan kemudian boleh masukkan 1 tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®.
Kacau lagi kemudian boleh masukkan bahan perasa.
Tambahkan hirisan daun kunyit, kacau lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Wah menarik betul juadah yang diorang masak tu. Memang ringkas dan paling penting tetap lemak berkrim serta enak.
Masakan jadi super sedap dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®
Sebenarnya dengan menggunakan susu sejat penuh krim dalam masakan kita, ianya dapat memberikan kebaikan yang optimum untuk badan kita.
Pilihan menggunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® adalah sangat tepat sebab ianya mempunyai 100% rasa susu lemak berkrim serta kaya dengan sumber bagi vitamin A dan D3. Tak perlu risau, sumber lemak yang ada dalam susu ni memang aslinya daripada susu tu juga.
Jadi jangan lupa tadi kita kan dah setuju nak amalkan dan pilih makanan yang dimasak menggunakan produk yang lebih sihat lepas ni. So, cepat dapatkan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® di kedai-kedai berhampiran anda dan boleh cuba resepi-resepi yang dah kami kongsikan tadi. Selamat Mencuba!
Psst, kami ada tips tambahan untuk korang. Kalau korang buka tin Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, ianya boleh disimpan selama 3 hari selepas dibuka tau, tapi kalau nak tahan lagi lama lagi, simpan dekat dalam bekas yang lain masing-masing perlu disimpan di dalam chiller rumah korang tu.