
Oh! Lifestyle
Doktor Tegur Banyak Sangat Minyak, Khairul Aming Beri Pandangan Dari Dua Perspektif
Oleh
Seorang doktor pakar dikenali sebagai Dr Rafidah Abdullah membuat teguran kepada influencer masakan terkenal, Khairul Aming mengenai kuantiti minyak yang digunakan ketika memasak.
Dalam satu hantaran Tweet, Dr Rafidah berharap Khairul Aming lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia dan membuat menu makanan sihat pula selepas ini.
Doktor tegur Khairul Aming
Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK. https://t.co/vIjsh4lmTV
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) April 1, 2023
Menerima teguran dengan hati terbuka, content creator ini memberi pandangan berdasarkan dua perspektif iaitu perspektif pertama sebagai rakyat Malaysia yang obes.
Pernah diet eat clean tetapi rasa tertekan
Menurutnya, sebelum ini dia mempunyai berat badan sehingga 113kg. Dia mencuba diet sihat (eat clean) dan ianya diakui menjadi untuk menurunkan berat.

Tetapi dia berasa sangat tertekan kerana tak dapat menikmati makanan yang ada di sekelilingnya. Kesan daripada itu, dia ‘langgar’ sahaja makanan yang ada menyebabkan berat badannya naik semula.
Kali ini, Khairul Aming menukar cara diet iaitu dengan mengawal portion makanan yang diambil. Pada masa yang sama, dia masih boleh makan makanan Malaysia yang sedap-sedap tanpa stres.
Kalau tukar resepi, masakan jadi kurang sedap
Thank you kepada semua yang bagi feedback mengenai minyak masak dalam masakan, I will take note for improvement 🙏🏻. If you dont mind, I want to share my perspective on this issue, especially coming from me as an obese Malaysian and also a food content creator: pic.twitter.com/OGQgBjqbvP
— Khairulaming (@khairulaming) April 2, 2023
Kata Khairul Aming, perspektif kedua adalah jika dia menukar resepi, masakan yang dihasilkan tak akan sedap seperti yang original.
Kalau kita nak sambal yang sedap, kita kena masak dengan minyak yang banyak supaya pecah minyak. Kalau nak ayam goreng yang juicy dan crispy, kena deep fry dalam minyak yang banyak. Kalau nak mac and cheese yang creamy, tak boleh kurangkan cheese nanti tak sedap.
Khairul Aming
Dalam video resepi yang dikongsi, Khairul Aming juga menunjukkan jumlah garam dan gula yang digunakan dalam masakan kerana itulah cara penyediaan sebenar masakan.
Katanya, jika resepi diubah dan menjadi tak sedap, dia juga akan dikecam ramai. Dia tak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi pengguna boleh memasak ikut selera masakan masing-masing. Apa yang penting, kita perlu menjaga jumlah makanan yang diambil.
Kredit: Twitter Khairul Aming
