Trending
Didakwa DM Wanita Lain Ketika Bercinta Dengan Bella Astillah? Respon PA Syed Saddiq Win Habis!
PA Syed Saddiq meminta individu itu berfikir dengan dalam jika tujuannya mahu memisahkan pasangan tersebut.
Pembantu peribadi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dikenali sebagai Amir Fiqri tampil bersuara selepas timbul dakwaan mengaitkan ahli Parlimen tersebut.
Ini susulan pendedahan seorang pemilik akaun palsu mendakwa Syed Saddiq ada menghantar mesej di Instagram ketika sedang hangat bercinta dengan Bella Astillah.
Akaun palsu nak ‘spill’ lepas dapat 100 repost
Individu berkenaan turut memberi bayangan bahawa dia memiliki bukti perbualan mesej peribadi dengan ahli politik terbabit.

Pembantu peribadi Syed Saddiq bagaimanapun meminta individu berkenaan tampil menggunakan ‘real account’ dan berhenti membuat ugutan menggunakan naratif rekaan sendiri.

Dia juga memberi amaran supaya tidak mengajak orang lain dengan alasan mahu ‘spill’ sesuatu yang tidak wujud.

Malah dia meminta individu itu berfikir sedalam-dalamnya jika fitnah bertujuan untuk memisahkan Syed Saddiq dan tunangnya Bella Astillah.

Amir Fiqri sendiri sudah menghubungi pemilik akaun itu dan penjelasan yang diterima agak meragukan.

Mana taknya, individu itu tiba-tiba mengugut mahu serahkan bukti yang ada kepada wanita Singapura, Sarah Yasmine jika perlu.
Pssttt! Dalam dunia media sosial, dakwaan tanpa identiti jelas memang mudah tular. Tapi sebagai netizen, kita kena bijak menilai sebelum percaya. Jangan sampai reputasi orang lain terjejas hanya kerana spekulasi semata-mata.
Kredit: Thread Amir Fiqri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM