Connect with us

Oh! Media

PU Syed Tegur Selebriti Isu Tak Pakai Tudung Tapi Solat, Pakai Tudung Tapi Tak Solat

pu syed tegur

Oh! Islam

PU Syed Tegur Selebriti Isu Tak Pakai Tudung Tapi Solat, Pakai Tudung Tapi Tak Solat

Penceramah, PU Syed menjawab mengenai isu tular di TikTok di mana seorang pelakon berkata jika diberi dua pilihan, dia lebih memilih isteri yang tak bertudung tetapi solat berbanding isteri bertudung tetapi tak mengerjakan solat.

ADVERTISEMENT

Menurut PU Syed, mendirikan solat dan menutup aurat kedua-duanya adalah satu kewajipan. Jika diberi pilihan maka janganlah pilih kedua-duanya.

pu syed tegur johan

Jelasnya, dosa tak menutup aurat seorang isteri akan terbias kepada suami jika suaminya tak melarang atau mencegah perbuatan itu. Sebaliknya jika suami dah menegah isterinya dan tidak diendahkan, isteri tersebut telah nusyuz kerana enggan taat kepada suami dan khasnya perintah Allah.

Maka kalam seorang pelakon di perkampungan sunnah tempoh hari, bagi ambe hanya untuk menegakkan benang yang basah. Tidak solat dosa besar tidak menutup aurat juga dosa besar.

PU Syed memohon artis itu tak beri pandangan songsang dalam perkampungan sunnah dan wajar asatizah yang hadir pada waktu itu untuk menegur.

Terdahulu, tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang selebriti menjawab mengenai isterinya yang masih tak bertudung. Selebriti itu juga mengulas mengenai isu wanita tak bertudung tetapi solat berbanding wanita bertudung tetapi tak solat.

@fbvstiktok Membalas kepada @missaliyatur #uai #uwa #ustazwadiannuar #ustazazharidrus #ceramahpendek #ceramah #johan ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Video itu mengundang perhatian ramai sehingga PU Syed tampil menegurnya secara terbuka di laman Instagram.

BACA: “Ini Tidak Kelakar!” Norreen Iman Dikecam Buat Lawak Ketika Solat

Kredit: Instagram PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas