Connect with us

Oh! Media

Apakah Hukum Guna Ginjal Khinzir Dalam Islam? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Oh! Islam

Apakah Hukum Guna Ginjal Khinzir Dalam Islam? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Sebelum ini, kecoh tentang sebuah eksperimen yang dijalankan oleh pasukan perubatan di Amerika Syarikat yang berjaya memindahkan ginjal Khinzir kepada manusia.

ADVERTISEMENT

BACA: Ginjal Khinzir Dipindah Pada Badan Manusia

Pembedahan itu dikatakan berlaku pada 25 September lalu melibatkan seekor haiwan penderma yang diubah suai secara genetik kepada seorang pesakit mati otak.

Selain itu, proses tersebut dilihat berjaya apabila ia melakukan fungsi yang sepatutnya iaitu menyingkirkan bahan kumuh dan menghasilkan air kencing.

Namun, pesakit itu telah diberhentikan dari penggunaan ventilator dan meninggal dunia 54 jam selepas ujian tersebut tamat.

Apakah hukum menggunakan ginjal khinzir menurut Islam?

Walaubagaimanapun, adakah pemindahan organ khinzir kepada manusia ini dibolehkah, lebih-lebih lagi kepada masyarakat yang beragam Islam?

Menurut bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, perkara itu dibenarkan jika dalam situasi darurat dan jika tiada alternatif lain yang lebih sesuai.

Menerusi artikel terbaharu yang ditulis oleh beliau dan dikongsi di laman Facebook Maktabah Al-Bakri, jika tiada cara lain yang halal, maka dibolehkan perkara itu.

Selain itu, beliau juga berpendapat supaya Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengeluarkan pandangan akan isu ini.

Tambahnya, kajian seperti ini adalah perkara yang penting dalam menyelesaikan masalah yang kritikal serta terkait dengan rawatan dan perubatan.

Prinsip asas bagi proses ini pada asalnya adalah haram

Menerusi artikel itu juga, beliau menyatakan prinsip asas bagi pemindahan organ melibatkan manusia dan haiwan adalah haram oleh kerana penggunaan najis untuk perubatan.

Bagaimanapun, beliau juga memetik kenyataan daripada gurunya, Yeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti yang meletakkan dua syarat bagi pemindahan organ haiwan yang bersifat najis itu.

Syaratnya ialah pesakit tersebut memerlukan pemindahan organ haiwan najis tersebut, dan disahkan oleh pakar perubatan akan keperluannya serta tidak ada alternatif organ yang suci.

Zulkifli berkata, para Ulama turut bersepakat tentang hukum penggunaan najis sebagai bahan ubat adalah haram. Namun ia boleh jadi berbeza pada keharusan atas sebab darurat.

Kredit: maktabahalbakri I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas