Connect with us

Oh! Media

Saintis Mahu Guna Kaedah Ini Untuk Mengesan Lokasi MH370 Terhempas

Nini 1200 × 675 Px   1

Oh! Gear

Saintis Mahu Guna Kaedah Ini Untuk Mengesan Lokasi MH370 Terhempas

Seperti yang kita ketahui, sudah 9 tahun MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Malah, terdapat pelbagai teori dan spekulasi mengenai apa yang terjadi pada 8 Mac 2014 yang menyebabkan kehilangan 237 nyawa.

Bukan itu sahaja, pelbagai usaha mencari MH370 menemui jalan buntu dan telahpun dihentikan.

IKLAN

379ba26a a8c0 4795 80e0 37be6b96a4ff

Dalam pada itu, saintis daripada University of South Florida (USF) kini mengatakan lokasi akhir MH370 mungkin boleh dikesan menggunakan teritip.

Teritip adalah spesis lepas anatifera itu (sejenis spesis kosmopolitan) banyak terdapat di kawasan Lautan Hindi dari kawasan tropika hingga ke kawasan sub tropika. 

Setahun selepas pesawat hilang, beberapa serpihan seperti flaperon dan bingkai tingkap pesawat ditemukan tersadai di Pulau Reunion.

Pada permukaannya ditemukan puluhan teritip yang mengesahkan pesawat terhempas ke laut.

Menurut Saintis UFS, mereka mengatakan teritip menghasilkan satu lapisan baharu pada cangkerang setiap hari yang mengandungi nisbah isotop oksigen yang berbeza.

B16def15 9dcd 45cf adb6 4811ae5088cd

Secara teorinya sekiranya lapisan pada teritip paling besar yang menjadikannya paling tua pada permukaan serpihan pesawat dikaji, saintis boleh mencari kawasan ia mula tumbuh.

Tambahan, dengan menggunakan data air, suhu dan pergerakan arus dari tahun 2014 saintis boleh mengecilkan kawasan carian pesawat terhempas.

Terdahulu, MH370 dipercayai terhempas di Laut India Selatan dengan kawasan seluas 60,000 km².

BACA: “F*ck You, Malaysia” – Buat Lawak Persenda Tragedi MH370, Pelawak Ini Dikecam

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah seorang pelawak dari Singapura mencetuskan kontroversi apabila didakwa membuat lawak menghina negara Malaysia termasuk tragedi MH370.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca dia Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • B16def15 9dcd 45cf adb6 4811ae5088cd
  • 379ba26a a8c0 4795 80e0 37be6b96a4ff
  • Nini 1200 × 675 Px   1
  • Nini 1200 × 675 Px   1
  • B16def15 9dcd 45cf adb6 4811ae5088cd
  • 379ba26a a8c0 4795 80e0 37be6b96a4ff
  • Nini 1200 × 675 Px   1
  • Nini 1200 × 675 Px   1

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas