Oh! Negara
Malaysia Airlines Diarah Bayar Pampasan RM1.69 Juta Kepada Waris Penumpang MH370
Mahkamah Beijing arah Malaysia Airlines bayar pampasan RM1.69 juta kepada waris penumpang MH370
Isu MH370 kembali jadi perhatian selepas mahkamah di Beijing memutuskan Malaysia Airlines perlu membayar pampasan kepada waris lapan penumpang.
Keputusan ini dibuat selepas beberapa keluarga selesai capai persetujuan di luar mahkamah. Namun, masih ada kes yang belum dimuktamadkan sepenuhnya.
Pampasan lebih RM1.69 juta setiap keluarga

Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang memaklumkan keputusan itu melibatkan pampasan lebih 2.9 juta yuan bersamaan RM1.69 juta kepada setiap keluarga. Jumlah itu merangkumi kos pengebumian, tekanan emosi dan beberapa kerugian lain.
Sebanyak 47 lagi saman sudah ditarik balik selepas keluarga terbabit mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan MAS dan Malaysia Airlines International.- Katanya.
Banyak kes sudah selesai tetapi masih ada yang tertangguh

Daripada 78 kes asal yang difailkan sejak insiden MH370 berlaku, sebanyak 47 daripadanya kini sudah diselesaikan. Namun, mahkamah menjelaskan masih ada 23 kes yang belum diputuskan.
Antara kemungkinan kelewatan ialah ada keluarga penumpang yang belum memohon atau melengkapkan proses pengisytiharan kematian.
Mahkamah juga mengesahkan bahawa keluarga lapan penumpang yang menerima pampasan itu sudah mengisytiharkan kematian ahli keluarga mereka secara sah. Langkah ini menjadi sebahagian proses untuk membolehkan pampasan diberikan mengikut peraturan undang-undang.
Pssttt! Ohmedia faham isu MH370 sentiasa meninggalkan kesan mendalam buat ramai pihak. Harapnya keputusan mahkamah ini sedikit sebanyak membantu keluarga yang terlibat, dan korang pula jangan lupa hargai masa dengan insan tersayang selagi ada.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM