Connect with us

Oh! Media

Ini 5 Benda Yang Perlu Korang Elak Tinggal Dalam Kereta!

Elak tinggal dalam kereta

Oh! Gear

Ini 5 Benda Yang Perlu Korang Elak Tinggal Dalam Kereta!

Pasti antara korang ada yang suka tinggalkan barangan dalam kereta, betul tak? Korang tahu tak terdapat beberapa barangan yang perlu korang elak tinggal dalam kereta, tambah lagi apabila korang parkir kereta di kawasan terbuka yang terdedah kepada cahaya matahari kerana ianya boleh mengundang bahaya. Berikut adalah 5 barangan yang perlu dielakkan..

ADVERTISEMENT

BACA : Ini 4 Aksesori Yang Tidak Perlu Ada Dalam Kereta, Bahaya!

Makanan dan minuman 

Makanan dan minuman

Disebabkan takut akan rasa lapar atau haus ketika memandu, pasti ada yang suka standby makanan atau minuman dalam kereta kan? Untuk pengetahuan, suhu dalam kereta boleh mencecah sehingga 70 celcius apabila terdedah kepada cahaya matahari dan ini boleh menyebabkan makanan dan minuman tersebut terurai, sekaligus membahayakan kesihatan.

Ubat-ubatan

Ubat-ubatan

Kebiasaanya, ubat-ubatan perlu disimpan pada suhu bilik. Jadi, ianya akan cepat rosak jika dibiarkan dalam kereta yang terdedah kepada cahaya matahari. Kalau korang makan ubat yang dah rosak kan tak bagus dan boleh menjejaskan kesihatan. 

Alat Elektronik

Alat elektronik

Alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, rokok elektrik dan powerbank sangatlah bahaya apabila terdedah pada persekitaran yang panas kerana berisiko terjadinya letupan. Lagipun barang-barang ini kan mahal dan boleh menyebabkan kes pecah kereta pun berlaku sama, kenapa nak tinggal?

Pemetik api dan mancis

Pemetik api

Buat abang-abang dan pakcik-pakcik yang merokok diluar sana, jangan sesekali meninggalkan lighter ataupun mancis korang di dalam kereta kerana ianya mudah meletup jika berada dalam keadaan yang panas. Takpun berhenti jer merokok, kan bagus untuk kesihatan. 

Petrol

Petrol

Pasti antara korang ada yang tinggalkan botol berisi petrol di dalam but kereta sebagai minyak kecemasan kan? Ini merupakan perbuatan yang bahaya kerana petrol ialah jenis bahan yang mudah terbakar. Kalau rasa minyak kereta dah nak habis, pergi je isi dekat stesen minyak.

Lebih baik mencegah sebelum terlambat. Kalau dah jadi, nak menyesal pun tak guna! Sekiranya ada ternampak kenalan korang tinggalkan barangan seperti yang disebutkan tadi dalam kereta, tegurlah mereka ya. 

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas