Connect with us

Oh! Media

Menteri Pengangkutan Mahu Malaysia Dijadikan Sebagai Hab Pengilangan dan Pengeluaran EV

Menteri Pengangkutan

Oh! Gear

Menteri Pengangkutan Mahu Malaysia Dijadikan Sebagai Hab Pengilangan dan Pengeluaran EV

Berita baik buat penggemar kenderaan elektrik (EV), kerajaan Malaysia mahu mengembangkan lagi segmen ni lepas tengok statistik pendaftaran kenderaan ni. Wow biar betul ni?

BACA: Honda City Hatchback Facelift Rasmi Masuk Malaysia, Ini Dia Perubahan Dari Versi Terdahulu

Menurut laporan Pandu Laju, kerajaan komited untuk menyokong industri EV supaya lebih berkembang walaupun sambutannya masih rendah.

IKLAN

Menteri pengangkutan, Anthony Loke difahamkan telah menyampaikan mesej khas kepada pengeluar dan pengilang EV supaya dapat lihat negara kita sebagai destinasi hab yang berpotensi.

Semua kementerian dan jabatan terlibat ada dasar, pendekatan dan inisiatif untuk menggalakkan serta menyokong pertumbuhan industri EV.

Pengumuman hari ini (kadar cukai jalan EV) adalah satu mesej dan signal amat penting kepada pengeluar dan pengilang kenderaan EV untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan pembuatan mereka.

Ini kerana Kerajaan berkomited penuh untuk menggalakkan penerimaan EV dan kami melakukan semua yang kami mampu untuk sokong pertumbuhan EV. Ini adalah satu contoh terbaik dengan Kerajaan mengurangkan cukai jalan untuk EV.

Kereta ev

Banyak usaha untuk bantu segmen EV

Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah pengecualian Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan yang terbaru adalah kadar fi cukai jalan EV bakal dikenakan bermula 1 Januari 2026. Padu gila!

Dengan pengumuman ini (kadar cukai jalan EV), mereka diberi jaminan bahawa cukai jalan adalah amat mampu milik dan ini cara kami galakkan orang Malaysia menerima dan menggunakan EV.

Loke berkata mungkin ramai pembeli meragui kereta EV adalah persepsi terhadap harga cukai yang tinggi apabila tempoh pengecualian itu tamat menyebabkan sambutan masih pada kadar rendah.

Ha jadi buat korang yang dah fikir nak pakai kereta EV ni silalah teruskan. Atau korang tunggu je Perodua atau Proton lancarkan EV mampu milik.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas