Connect with us

Oh! Media

Honda City Hatchback Facelift Rasmi Masuk Malaysia, Ini Dia Perubahan Dari Versi Terdahulu

Honda city hatchback facelift 2024 ohmedia

Oh! Gear

Honda City Hatchback Facelift Rasmi Masuk Malaysia, Ini Dia Perubahan Dari Versi Terdahulu

Berita baik buat peminat-peminat jentera dengan logo ‘H’! Akhirnya Honda City Hatchback versi facelift dah masuk Malaysia gais.

Menurut laporan Mekanika, City Hatchback facelift ini didatangkan dengan lima varian iaitu S, E, V, Petrol RS dan varian tertinggi dengan rekabentuk yang lebih sporty, e:HEV RS.

Img 3044

Kalau tengok dari luaran e:HEV Rs itu, ia hadir dengan gril hadapan honeycomb yang lebih nipis, gril depan di bahagian bawah yang baru dan bumper pun nampak lagi ganas apabila dipadankan dengan kemasan lampu kabus.

IKLAN
Img 3045

Apa yang sporty sangat dengan varian e:HEV RS ni?

Img 3026

Kalau korang lihat bahagian belakang, ia didatangkan dengan dry carbon fiber diffuser. Untuk rim pula, ia masih menggunakan saiz 16 inci tapi ditukarkan kepada warna hitam (Berlina Black). Padu tak?

Img 3046

Untuk enjin, varian RS didatangkan dengan 1.5L e:HEV yang mampu menghasilkan 109PS dan 253Nm tork, manakala untik varian lain pula hadir dengan enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC dan mampu menghasilkan 121PA dan 145Nm tork.

Img 3029
Img 3032

Untuk bahagian dalam, hanya ada perubahan kecik saja pada varian e:HEV RS ini iaitu pengecas ditukarkan kepada unit USB-C dan ada poket kecik di belakang tempat seat depan untuk orang belakang letak barang atau sebagainya. 

Dari segi dimensi, ukuran panjang kereta bagi kedua-dua varian RS ini adalah 4,369mm manakala 3 varian lain itu (S, E dan V) berukuran 4,350mm.

Img 3049

Bukan tu jer, Varian RS juga hadir dengan Display Audio sebesar 8 inci yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto. Rasanya features ni memang patut ada pada kebanyakan kereta, tambah lagi bagi yang harga lebih dari RM70,000.

Img 3048

Menariknya kali ini, semua varian didatangkan dengan Honda SENSING. Tapi untuk varian RS ada ciri tambahan iaitu Lead Car Departure Notification (LCDN) dan Low Speed Follow (LSF).

Img 3035

Berikut adalah senarau harga bagi semua varian Honda City Hatchback facelift

  • e:HEV RS: RM112,900
  • Petrol RS: RM100,900
  • V: RM95,900
  • E: RM90,900
  • S: RM85,900

Kredit: Mekanika

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas