Connect with us

Oh! Media

Acara Mitsubishi Ultimate Thrills Bakal Diadakan Minggu Ini Di Kelantan Dan Kedah

mitsubishi

Oh! Gear

Acara Mitsubishi Ultimate Thrills Bakal Diadakan Minggu Ini Di Kelantan Dan Kedah

Bagi peminat dan pengguna setia kenderaaan Mitsubishi ada berita gembira buat korang.

ADVERTISEMENT

MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) akan mengadakan acara Mitsubishi Ultimate Thrills yang menawarkan orang ramai peluang untuk menguji keupayaan sebenar trak pikap Mitsubishi Triton dan crossover Mitsubishi Xpander.

Dalam pada itu, acara itu dijadualkan bakal berlangsung dua hari yang bermula di Kota Bharu (Kelantan) selepas itu ke menuju Alor Star (Kedah).

Berikut butiran acara  Mitsubishi Ultimate Thrills:

KELANTAN

  • Tarikh: 25-26 Ogos 2023
  • Lokasi: Tepi Pusat Beli-Belah AEON Mall Kota Bahru di Lembah Sireh, Kota Bharu.
  • Waktu: 10 pagi-6 petang

KEDAH

  • Tarikh: 8-9 September 2023
  • Lokasi: Bertentangan bilik pameran Mitsubishi Motors Alor Setar di Lot 10201, Susuran Kebarung, Off Persiaran Bandar Baru Mergong.
  • Waktu: 10 pagi-6 petang

Bagi pengunjung yang hadir anda boleh menguji pengendalian dan kemampuan crossover 7-kerusi Mitusbishi Xpander di Mitsubishi Xpander Obstacle Courses dengan cabaran seperti berikut:

Mitsubishi

  • Devil’s Angle: Peserta memandu melalui laluan ditenggelami air. Jangan bimbang, jarak lega bumi 205mm.
  • Side Traverse: Trek untuk menguji pengendalian dan ketangkasan Xpander
  • Roller Conveyor: Merasai aspek keselamatan Xpander, terutama Kawalan Traksi atas permukaan licin.

Mitsubishi

Malah, peminat trak pikap pula boleh menyertai cabaran Mitsubishi Triton Obstacle Courses untuk merasai:

Mitsubishi

  • Hill Slope: Melihat kemampuan ciri Bantuan Daki Bukit (HSA) di permukaan jalan curam.
  • Downhill Slope: Peserta menguji ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) untuk merasai cara sistem brek berfungsi automatik.
  • Mud Pit dan Elephant Steps: Menguji kekuatan cengkaman atas permukaan ekstrem menerusi mod off-road dan sistem Super Select 4WD II.

Mitsubishi

Sementara itu, ada juga beberapa aktiviti sampingan dan hadiah menarik yang disediakan di lokasi acara seperti:

  • Baucar percuma KFC bernilai RM10 dengan membuat pra pendaftaran di laman www.mitsubishi-motors.com.my.
  • Beg eksklusif Mitsubishi Motors Nature Hike Foldable Round Bucket jika menyertai aktiviti pandu uji.
  • Peluang menang hadiah cabutan bertuah seperti Nintendo Switch, G Shock dan UV Disinfectant.
  • Aneka pilihan makanan trak makanan (food truck), ais krim dan acara lain untuk seisi keluarga.

Kredit: PanduLaju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


  • mitsubishi
  • mitsubishi

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas