Connect with us

Oh! Media

(Video) “Tiada Niat Nak Melucah”, Isu Babak Parut Kelapa, Shuib Tampil Beri Penjelasan

Oh! Artis

(Video) “Tiada Niat Nak Melucah”, Isu Babak Parut Kelapa, Shuib Tampil Beri Penjelasan


Semalam heboh di laman sosial mengenai satu aksi memarut kelapa yang dilakonkan oleh pelawak Shuib dalam satu babak di program Sepahtu Reunion. Babak itu dikatakan telah menerima kritikan dari pelbagai pihak kerana ianya dilihat lucah dan menjijikan.

ADVERTISEMENT

Hari ini pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video yang dimuat naik di Instagram selepas netizen dakwa aksinya itu ada terdapat unsur lucah.

Shuib berkata, dia sama sekali tidak berniat sebegitu dan itu hanyalah untuk melawak semata-mata.

Tak sangka babak tu dah jadi kontroversi pula. Jadi di sini saya dengan rendah dirilah nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati, kepada mereka yang rasa babak tersebut tidak patut dilakukan.

Saya nak beritahu, ikhlas daripada hati saya, ketika melakukan babak itu, saya tidak ada maksudkan apa-apa. Tak ada nak pergi ke lucah ke, tak ada.

Saya hanya nak buat orang ketawa sahaja. Tiada niat apa-apa. Tapi itulah, kalau kata ada yang terasa hati, saya minta maaf banyak-banyak. – Kata Shuib.

Shuib juga turut berjanji untuk tidak mengulangi perkara seperti itu lagi.

Insya Allah, ke depan saya tidak akan buat lagilah benda-benda yang macam itu. – Katanya.

Sebelum ini pendakwah bebas yang dikenali sebagai Akhi Fairuz telah memuat naik video yang memaparkan babak itu di akaun Twitter miliknya. 

Rata-rata netizen yang melihat video itu bersetuju ianya dilihat sangat menjijikan, tambahan pula rancangan itu turut ditonton oleh seisi keluarga.

https://youtu.be/9lbentzU1Uc

Pelawak Malaysia ni, memang dari dulu lagi macam ni. Bila dah habis modal nak melawak, mula lah buat aksi bukan-bukan tanpa rasa malu janji ada yang terhibur.

Kredit: Harian Metro, Viral kini

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas