Connect with us

Oh! Media

“Saya Malas Nak Berdiam Diri Lagi” – Atiq Azman Dedah Gambar Teman Wanita, Serik Dituduh Homoseks*al

Ohmedia  1200 × 675px   2024 01 02t123907863

Oh! Artis

“Saya Malas Nak Berdiam Diri Lagi” – Atiq Azman Dedah Gambar Teman Wanita, Serik Dituduh Homoseks*al

Pelakon Atiq Azman, mendedahkan gambar teman wanitanya di media sosial kerana serik disalah anggap mengamalkan gaya hidup songsang.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Sya itu berasal dari negeri Sarawak dan mereka berdua berkenalan setelah wanita tersebut datang bertemu dengannya untuk mengambil foto dalam sebuah acara sebelum ini.

Dia teman wanita saya dan kami sudah lama kenal, sebenarnya dia peminat saya. Kami pernah ambil gambar bersama sebelum ini dan perkenalan kami bermula dari situ.

IKLAN
Atiq Azman

Menurut Afiq, dia sudah penat dengan dakwaan tidak berasas dari netizen yang sering menuduhnya sebagai seorang gay.

Apa yang saya kongsikan ini semua betul bukan sebab nak tutup mulut netizen. Saya dah malas nak berdiam diri lagi. Saya dan teman wanita ada saja keluar bersama tapi mungkin tak kecoh sebab tiada orang rakam.

Bukan itu sahaja, Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah meluahkan dia ada rasa bersalah di dalam hati kerana berkongsi foto mesra mereka berdua memandangkan keluarga ada berpesan untuk menjaga batas pergaulan.

Atiq Azman

Saya tahu gambar tindakan itu salah sebab tidak menjaga jarak namun saya harap peminat yang sentiasa menyokong saya tidak terkejut.

BACA: “Bukan Hafal Al-Quran Ke?” – Tayang Aurat, Pelakon Lelaki Dikecam

Terdahulu, pelakon Atiq Azman pernah dikecam gara-gara memuat naik foto menunjukkan badan sasa ‘sixpack’ dan berseluar pendek di Instagram.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Whatsapp image 2023 12 31 at 104017 am 630x354 1
  • Screenshot 1264
  • Ohmedia  1200 × 675px   2024 01 02t123907863
  • Whatsapp image 2023 12 31 at 104017 am 630x354 1
  • Screenshot 1264
  • Ohmedia  1200 × 675px   2024 01 02t123907863

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas