Connect with us

Oh! Media

“Ni Kalau Jumpa Mak Pak Hang, Aku..” – Lelaki Ugut Bunuh Ibu Bapa Naim Daniel Ditahan Polis

naim daniel

Oh! Artis

“Ni Kalau Jumpa Mak Pak Hang, Aku..” – Lelaki Ugut Bunuh Ibu Bapa Naim Daniel Ditahan Polis

Kenapa sampai macam tu sekali dik? Kalau korang perasan, zaman sekarang ni makin ramai yang ditahan polis gara-gara mengeluarkan kata-kata tak sepatutnya di ruangan komen. Macam isu Naim Daniel ni, sampaikan ramai yang mengeluarkan komen berbaur ugutan.

ADVERTISEMENT

Lebih parah, lelaki berusia 24 tahun ini turut mengugut untuk membunuh ibu bapa Naim jika terjumpa di luar.

Disebabkan itu, Naim membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan, suspek telah ditahan di Kemunting, Perak.

Suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel boleh didenda RM50,000…

Berdasarkan laporan, pengadu dipercayai menerima satu ugutan jenayah dari individu yang tidak dikenali di laman sosial.

Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit. Suspek direman selama empat hari sehingga 21 Mei depan untuk siasatan.

naim daniel

Aha, kalau korang ditangkap sebab kes macam ni akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Kalau didapati bersalah, bolehlah didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya. Jadi, sebelum mengeluarkan sebarang komen atau buat apa-apa tindakan, fikirkanlah masak-masak.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas