Connect with us
namron

Oh! Artis

Namron Rasa Tak Masuk Akal Dan Mustahil Untuk Ubah Dialog Dalam Video Agus Dan Wahab

Isu yang melibatkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab ketika ini masih hangat dibincangkan. Namron pun berminat dengan isu ni nampaknya.

BACA: Wahab Dakwa Jadi Kambing Hitam Dalam Cubaan Perangkap Dr Agus Dengan Rakaman Perbualan Lucah

IKLAN

Pihak polis juga sedang melakukan siasatan dan memanggil Agus untuk berikan keterangan.

Wahab sebelum ini mendakwa Mr.H adalah punca semua ini berlaku dan kandungan audio perbualan lucah juga dikatakan palsu.

Dakwaan inilah menyebabkan pelakon, Namron tertarik untuk mengulas dan memberikan pendapat. Katanya, mustahil untuk menggantikan dialog lain yang tidak diucap ke dalam rakaman asal.

Namron nasih Wahab untuk hati-hati jika tidak mahu terjerat diri…

Salah satu cara untuk menambah atau menggantikan dialog baharu adalah dengan menggunakan teknik voice over.

Bagaimanapun, teknik ini hanya digunakan untuk menampal suara pada imej yang lain bukan pada imej yang sama.

Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menghubungi seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang.

Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar shot Gajus kepada shot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu pada shot tersebut.

Kedua, pengarah atau sound editor boleh menggunakan insert shot dengan menunjukkan gambar beg LV ketika menggunakan dialog baharu tersebut.

Selepas terang panjang lebar, Namron turut memberikan nasihat kepada Wahab untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Jika tidak, diri sendiri yang akan terjerat.

Kredit: Namron

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas