Connect with us

Oh! Media

Wahab Dakwa Jadi Kambing Hitam Dalam Cubaan Perangkap Dr Agus Dengan Rakaman Perbualan Lucah

wahab

Oh! Negara

Wahab Dakwa Jadi Kambing Hitam Dalam Cubaan Perangkap Dr Agus Dengan Rakaman Perbualan Lucah

Sebentar tadi, individu dengan nama Wahab yang cukup viral hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM, Dr. Mohammad Agus Yusoff.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tengok Je, Wahab Takkan Rasa 1 Alam..” – Tersebar Video Lelaki Cuba Ajak Buat Hubungan Sejenis

Sidang media ini diadakan bagi menjawab banyak persoalan selepas tersebarnya video perbualan lucah antara Agus dan Wahab.

Wahab yang baru berusia 23 tahun itu mengakui dirinya naif kerana terpengaruh dengan beberapa orang individu yang digelarnya sebagai Mr.H.

Dalam pada itu, Wahab mendakwa video perbualan yang tersebar itu adalah palsu. Rakaman video itu benar tetapi audio dalam video itu didakwa palsu.

Agus juga berkata, rakaman video itu telah disunting dan dibingkaikan seolah-olah mereka sedang berbual mengenai perkara intim dan hubungan sejenis, sedangkan hakikatnya ia tidak seperti yang digambarkan selain berniat menjatuhkan maruahnya.

Untuk tindakan lanjut, mereka sudahpun melakukan laporan polis petang tadi di Kajang dan akan menghantar surat tuntutan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan video terbabit.

Kredit: Utusan

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas