Oh! Artis
Nurul Shuhada Bahagia Bawa Diri Ke Australia, Hidup Lebih Tenang Lepas Berpisah
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, kini memilih untuk menetap di Australia dan mengakui kehidupannya semakin baik walaupun jauh di rantau orang.
Sebelum ini, Shu pernah mempertikaikan nasib dirinya yang diuji dengan pelbagai dugaan, termasuk perceraian.
Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya. Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.
Jika dulu hidup bagaimana, tetapi sekarang ini Allah memberikan kepada saya kualiti hidup yang lebih baik.
Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini. Saya bukan hendak berlagak, tetapi saya hendak kalian semua percaya Allah tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu.- Kongsi Shu ketika siaran langsung di TikTok.
Nafi ada seseorang lebih istimewa sebagai pengganti…
Saya katakan Allah akan menggantikan kita dengan yang lebih baik itu, bukan bermaksud menggantikan lelaki yang lebih baik. Tidak, saya di sini tiada sesiapa dan tidak bercinta dengan mana-mana lelaki. – Jelasnya lagi.
Baginya, setiap orang ada ujian hidup masing-masing, dan yang penting adalah terus percaya dan meletakkan Allah sebagai keutamaan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM