Oh! Artis
Emma Maembong Dedah Pernah ‘Terkena’ Dengan Peminat Yang Terlalu Obses Pada Dirinya
Pelakon jelita, Emma Maembong mendedahkan yang dirinya pernah terkena gangguan mistik menerusi satu sesi podcast Sembang Seram bersama pempengaruh, Safwan Nazri.
Menurut laporan mStar, Emma dipercayai telah disihir oleh seorang peminat yang telalu obses akan dirinya.
Pelakon itu juga berkata yang dia merasakan telah terkena sihir selepas membaca tulisan ‘mantera’ menerusi satu perkongsian di media sosial dari individu berkenaan.
Dalam satu majlis bersama peminat dia minta untuk bergambar dengan saya. Dia minta mahu bergambar penuh.
Kemudian satu hari saya melihat dia ada post gambar dan tag di Instagram dengan kapsyen panjang lebar. Rupa-rupanya saya terbaca mantera yang dihantar kepada saya.
Saya tidak ingat apa jadi ketika itu.
Dikatakan saya mengilai dan menjerit serta muka saya basah.
Bukan tu jer, Emma juga berkata yang sejak dari kejadian itu ada banyak perkara pelik telah berlaku terhadap dirinya selama 4 tahun.
Inilah yang paling teruk dan banyak mengubah kehidupan saya. Dalam satu majlis kahwin saya nampak lelaki itu hadir. Saya jadi takut dan paranoid.
Ahli kelab peminat saya kepung dia dan tidak benarkan masuk. Dia selfie gambar dan buat posting beritahu tunggu satu hari saya akan datang melutut.
Perkara itu buatkan ada orang sekeliling perasan yang ada perubahan dekat Emma dan menjangka dia telah terkena perbuatan sihir.
Saya senyum dalam sesi fotografi tetapi gambar saya nampak seperti senyum terbalik.
Kredit: mStar
+ Baca respon lembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM