Connect with us

Oh! Media

Ibu Tunggal Warga Thailand Didenda RM1,000 Bekerja Sebagai Tukang Urut Di Malaysia

Ohmedia tukang urut thailand

Oh! Tidak

Ibu Tunggal Warga Thailand Didenda RM1,000 Bekerja Sebagai Tukang Urut Di Malaysia

Seorang ibu tunggal warga Thailand didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut. Samrit Halee, 48, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Menurut pertuduhan, Samrit, yang baru dua bulan berada di Malaysia, didapati bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat refleksologi di Taman Maju pada 6 Ogos lalu, sekitar jam 11.25 malam.

Ditangkap ketika sedang melayan pelanggan…

Tindakan ini melanggar Akta 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63, yang boleh membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

IKLAN

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dari IPD Batu Pahat menjalankan pemeriksaan di premis terbabit dan mendapati Samrit sedang melayan pelanggan. Pemeriksaan lanjut mengesahkan dia menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja, yang merupakan satu kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala Samrit diwakili oleh peguam, Zulyatie Awang. Peguamnya memohon agar Samrit dikenakan denda minimum kerana perlu menanggung anak di Thailand.

Mahkamah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM1,000 dengan alternatif penjara sebulan jika denda tidak dibayar.

Ohmedia tukang urut thailand

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas