Connect with us

Oh! Media

bea soba bea

Oh! Artis

Komposer Eddie Hamid Sedih Lihat Lagu ‘Bea Soba Bea’ Diserang Gara-Gara Kes Dadah Penyanyi

Komposer lagu Kelantan terkenal, Eddie Hamid, memilih untuk tidak mengambil hati meskipun lirik lagunya yang popular, “Cinta Setandan Pisang,” di mana lirik ‘Bea Soba Bea’ diubah segelintir netizen kepada versi ‘bea kuda bea’ gara-gara kontroversi yang melanda salah seorang penyanyinya.

Penyanyi wanita lagu tersebut dilaporkan ditahan di Sungai Golok, Thailand atas kes dadah membabitkan 6,000 pil kuda.

IKLAN

“Lagu ini penuh makna”- Komposer lagu ‘Bea Soba Bea’

bea soba bea

Menurut Eddie, lirik lagu ini yang ditulis oleh Mama Ana & Fadhil Turbo, memberi kesan mendalam kepadanya. Eddie mengakui berasa sebak setiap kali mendengar lagu tersebut.

Lagu ini terjemahkan emosi yang mendalam. Setiap kali dengar, perasaan saya jadi sayu. Contohnya lirik ‘dalam setandan pisang. bukan semuanya buruk belako’, maknanya manusia ini pasti akan ada yang buat silap.

Berbeza sangat perasaan ketika awal-awal merakamkan lagu ini bersama kedua-dua penyanyinya awal tahun ini.- Katanya.

BACA: Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan Ditahan Bersama Dadah Di Golok, Komposer Eddie Hamid Percaya Hanya Mangsa Keadaan

Viral di Thailand, ruang komen lagu rasmi bea soba bea di YouTube ‘diserang’ netizen

bea soba bea

Sejak pertengahan tahun 2024, lagu ini menjadi fenomena dengan lebih 23 juta tontonan di YouTube. Tidak hanya di Malaysia, video lagu ini turut menarik perhatian pelayar dari Thailand yang meninggalkan pelbagai komen. Eddie berkata, walaupun lirik diubah oleh netizen kepada versi ‘bea kuda bea,’ dia tidak berkecil hati.

Tak semena-mena sekarang ini YouTube rasmi Kijang Music ‘diserang’ netizen, ada banyak pengguna dari negara jiran Thailand masuk dan tulis komen yang saya sendiri pun tak faham.

Selain itu, ada macam-macam juga komen ditulis pengguna media sosial, termasuk yang tukarkan lirik ‘bea soba bea’ kepada ‘bea kuda bea’, tapi saya tak ambil hati pun.- Luahnya lagi.

Terpaksa tunda rakaman lagu baru dan berharap penyanyi utama, Eda Ezrin pulang…

bea soba bea

Eddie turut berkongsi bahawa dua lagu barunya, “Tokleh Nok Soba” dan “Bea Soba Bea Raya,” terpaksa ditangguhkan akibat isu yang dihadapi oleh penyanyi utamanya, Eda Ezrin. Menurut Eddie, dia berharap Eda akan kembali untuk merakamkan lagu-lagu tersebut bersama Den Manjo.

Lagu “Tokleh Nok Soba” dijadualkan dilancar Disember ini, manakala “Bea Soba Bea Raya” pada Mac 2025 sempena Aidilfitri.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia hiburan, bakat dan kontroversi sering datang seiring. Keikhlasan seorang seniman seperti Eddie Hamid untuk terus berkarya dan memahami kesilapan insan lain adalah contoh yang boleh kita contohi. Kadangkala, redha dan memberi peluang kedua mungkin membawa hikmah lebih besar.

bea soba bea

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas