Oh! Artis
YouTuber Mohon Maaf Selepas Didakwa Hina Nabi Muhammad SAW
Youtuber mohon maaf selepas kenyataannya dalam video didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Selepas hangat diperkatakan netizen, seorang individu yang dikaitkan dengan kontroversi kenyataan didakwa menghina Nabi Muhammad SAW akhirnya tampil memohon maaf.
Menerusi satu kenyataan di media sosial, individu dikenali sebagai Muhamad Syahmie memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan ayat yang dikeluarkannya sebelum ini.
YouTuber Syahmie mohon maaf

Dalam kenyataan tersebut, Syahmie berkata dia memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataannya.
Saya Muhamad Syahmie di sini ingin memohon ampun dan maaf kepada mana-mana pihak yang terasa ataupun sakit hati dengan ayat yang keluar pada mulut saya baru-baru ini.- Katanya.
Syahmie turut mengakui bahawa kenyataan tersebut adalah satu kesilapan besar sepanjang dirinya berada dalam AI Team.
Saya tak cakap benda tu betul, yes memang saya akui itu adalah kesalahan yang terbesar saya sepanjang saya berada di dalam AI Team ini.- Katanya.
Dakwa cuma mahu beri kiasan

Menurut Syahmie, tujuan asal kenyataan itu dibuat adalah untuk menyampaikan satu kiasan kepada umat Islam.Dalam masa sama, dia menegaskan dirinya tidak berniat untuk menghina atau mempersendakan agama sendiri.
Saya masih lagi waras untuk menghina atau mempersendakan agama saya sendiri” katanya.Mungkin kiasan dari kata-kata saya tu sesetengah pihak akan faham tapi mungkin setengah pihak lagi akan salah anggap cuma ayat saya di sini bagi saya salah tetap salah.- Katanya lagi.
Syahmie turut berterima kasih kepada mana-mana pihak yang menegur kesilapannya selepas isu itu menjadi perbualan ramai. Dia sekali lagi memohon ampun kepada umat Islam sekiranya kenyataannya sebelum ini membuatkan ramai terasa atau merasakan agama dihina.

Terdahulu, satu petikan video tular di media sosial selepas kenyataan dalam video tersebut didakwa menyentuh nama Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan rasa kurang senang netizen.
Pssttt! Dalam isu melibatkan agama, memang kena lebih berhati-hati sebab satu ayat boleh bawa kesan besar. Bagus bila pihak terlibat tampil minta maaf dan beri penjelasan, tapi ini juga jadi peringatan untuk semua supaya fikir dulu sebelum bercakap, lebih-lebih lagi bila kandungan itu ditonton ramai.
Kredit: mdsyhmie
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.