Connect with us
ibu aliff aziz

Oh! Artis

“Kalaulah Orang Tahu Apa Kami Tahu Dulu” – Ibu Aliff Aziz Bangga Anak Bukan Jenis Tikam Belakang

Ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza memuat naik hantaran terbaru menceritakan rasa bangganya dengan pencapaian penyanyi itu di pentas All Stars Gegar Vaganza.

BACA: ”Walaupun Kami Tak Dapat Jumpa Dan Bercakap..” – Ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Luah Rasa Rindu

IKLAN

Siti Hafiza ‘throwback’ momen di mana waktu itu Aliff menyanyikan lagu Cek Mek Molek dan mendapat pujian juri.

Menurut Hafiza, Aliff pada ketika itu sebenarnya berada di detik terindah dalam hidupnya tetapi tetap memberikan yang terbaik sehingga dinobatkan juara mingguan.

ibu aliff aziz

Terdahulu, penyanyi kelahiran Singapura ini dalam satu sesi podcast mendedahkan dia menangkap isteri berlaku curang dengan seorang pelakon lelaki pada 13 November 2023 iaitu sehari sebelum konsert kelapan ASGV.

ibu aliff aziz

Kata ibu Aliff, anaknya hampir berputus asa dan tak dapat perform tetapi dengan pertolongan Allah SWT semuanya tidak mustahil.

Kalau lah orang tahu apa yang kami tahu dulu dan kenapa kami bergegas ke KL walaupun esoknya penerbangan kami menunaikan umrah dari Singapura, orang tak akan cepat menjatuhkan hukum.

Tapi Aliff masih menyimpan segalanya seorang diri. Anakku, satu benda yang ibu bangga dengan kamu adalah kamu tidak tikam belakang, tak membalas balik atau mendedahkan sesuatu melainkan kamu terpaksa.

Sebagai ibu, Hafiza gembira melihat Aliff sudah bersedia untuk move on kerana dia juga berhak bahagia.

ibu aliff aziz

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas