Oh! Artis
Hantaran Terbaru Datin Patimah Lepas Syamsul Sah Bercerai Undang Perhatian
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof hari ini sah bercerai dengan isterinya, Ira Kazar selepas hampir dua tahun bersama.
Dalam prosiding pengesahan cerai taklik yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hakim mengesahkan jatuh talak satu.

Selepas penceraian berlaku, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah meluahkan rasa sedih melihat anaknya terpaksa menjalani takdir hidup seorang diri.
Sejujurnya mengalir air mata ku melihat anak ku mengharungi takdir hidupnya seorang diri. Namun doa ku sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu agar dipermudahkan segala urusan.
Luahan itu dibuat Datin Patimah menerusi satu hantaran di Instagram Story berlatar belakangkan lagu Yasir Lana.
Terdahulu, peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais berkata, mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial.
Jelasnya lagi, Ira melanggar taklik itu dalam keadaan rela bermula 14 Ogos lalu sebanyak lima kali.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Patimah8057
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM