Oh! Artis
“Saya Okay, Alhamdulilah.. Kita Tunggu Selepas Ini” – Syamsul Yusof Tenang Tiba Di Mahkamah
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini untuk perbicaraan pengesahan lafaz taklik.
Menurut peguam, fail pengesahan lafaz taklik dibuat Ira sendiri selepas dia dikatakan melanggar taklik berkaitan dengan perbuatannya membuat posting di media sosial.
Syamsul bagaimanapun enggan memberi komen lanjut berkaitan hal itu dan meminta menunggu keputusan perbicaraan.
Pelakon berkenaan dilihat hadir berpakaian serba hitam dan berkaca mata serta dalam keadaan tenang.
Malah dia sempat bertanya khabar wartawan dan menyatakan dirinya dalam keadaan baik. Apa yang menarik perhatian ramai adalah imej Syamsul yang dilihat kembali kemas.
Kata netizen, mereka gembira melihat keadaan Syamsul yang ceria dan bersemangat seperti itu.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Media Hiburan
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM