Connect with us

Oh! Media

Isu Sekufu Dan Kahwin Syed Syarifah, Syed Saddiq Tanya Ustaz Azhar Idrus

Ohmedia saddiq Bella

Oh! Artis

Isu Sekufu Dan Kahwin Syed Syarifah, Syed Saddiq Tanya Ustaz Azhar Idrus

Syed Saddiq tanya Ustaz Azhar Idrus isu perkahwinan sekufu Syed dan Syarifah.

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menarik perhatian ramai apabila bertanyakan soalan berkenaan perkahwinan sekufu kepada pendakwah Ustaz Azhar Idrus.

Beliau bertanya adakah lebih afdhal lelaki dari keluarga Syed berkahwin hanya dengan Syarifah. Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus.

Betul ke lebih afdhal Syed kahwin dengan Syarifah?

@sabrinabee78

Replying to @bieanna1 Kannn.. Boleh tak jadi fans yang bijak.. Tolong jangan bandingkan kasih sayang Mama YB dengan Bella boleh tak? Aduihhh 😩😩… Semua doa ibu tu makbul.. Tolonggg 😩😩😩… Ni pun selalu jadi bahan gaduh fans kat tt saya..Nah dengar elok2 ulang sampai tertido 😆!! CreditVTT: PV&Ami TagRequest:Angie❤️🫰 #bellaastillah #syedsaddiq #motivation #sabrinabee

♬ original sound – ᔑᗩᗷᖇᏆᑎᗩ ᗷᗴᗴ🤍24434 – 🤍ᔑᗩᗷᖇᏆᑎᗩ ᗷᗴᗴ🤍

Syed Saddiq mengutarakan soalan berikut:

IKLAN

Dia ada sekumpulan keluarga, nak nak yang Syed Syarifah mengatakan perkahwinan lebih afdhal jika Syed dengan Syarifah dan Syarifah dengan Syed. Tetapi sefaham saya, pengetahuan saya sangat cetek dibandingkan dengan keluasan ilmu ustaz. Selagi orang itu orang Islam, baik, tidak salah dari segi hukum. Cuma bagaimana pandangan ustaz?

Menjawab persoalan itu, Ustaz Azhar Idrus menerangkan bahawa dalam Islam memang wujud konsep kufu dalam perkahwinan.

Ini bermaksud pasangan yang tidak setaraf boleh menyebabkan perkahwinan tidak sah jika pengantin perempuan tidak bersetuju.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Syed Saddiq

Jadi dalam perkara dijadikan kufu atau tidak termasuk keturunan. Dalam bab Syed Syarifah, kalau perkahwinan Syed dengan perempuan yang bukan Syarifah, hukumnya adalah harus. Yang jadi perselisihan Syarifah berkahwin dengan bukan Syed, jika Syarifah tu suka, hukumnya sah dia dikahwin oleh wali mujbir (bapa atau datuk lelaki). Kalau dia tidak suka, tak boleh bapa kahwinkan anaknya yang Syarifah dengan bukan Syed kerana bukan Syed tidak sekufu dengannya.

Menariknya, di akhir sesi tersebut, Ustaz Azhar secara berseloroh bertanya kepada Syed Saddiq sama ada pasangannya seorang Syarifah. Syed Saddiq jawab dengan senyuman:

Sebab itu saya tanya soalan ni, kalau tak saya tak tanya ustaz.

Perbualan tersebut bukan saja mengundang gelak ketawa, malah membuka perbincangan hangat netizen mengenai isu perkahwinan dan adat keturunan dalam Islam.

Pssttt! Jadi kesimpulannya tak ada masalah pun, kalau Syed dan Dayang lagilah sekufu dan sesuai bagai pinang dibelah dua kan?

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas