Connect with us
intan najuwa

Oh! Artis

“I Tak Guna Duit You” – Intan Najuwa Dikritik Macam Bini Popeye Lepas Potong Rambut Pendek

Pelakon Datin Intan Najuwa tidak melenting ketika dikritik seperti isteri karakter kartun popular, Popeye. Difahamkan, komen itu ditinggalkan seorang netizen meminta Intan menyimpan rambut panjang kerana tidak sesuai berimej rambut pendek.

Intan menjawab, dia tidak kisah dengan pandangan netizen kerana suami, Datuk Ahmad Azraf Azman menyukainya. Malah, Intan tidak pernah menggunakan duit netizen untuk menata rias imejnya.

IKLAN
intan najuwa
Kredit: TikTok @intanajuwa.fc

I tak kisah macam girlfriend popeye ke, macam girlfriend shrek ke, macam girlfriend sesiapa pun tak kisah, yang penting I gembira rambut panjang ke pendek.

Bidas pelakon ini lagi, dia tidak perlu mendapatkan kebenaran sesiapa untuk memotong rambut pendek. Apa yang penting dirinya bahagia, hidupnya tenang dan tidak berhasad dengki.

Korang kutuklah apa pun. Alhamdulilah Allah SWT beri I ketenangan hati, kebahagiaan hidup sebab mungkin sebab I tak pernah kacau orang kot.

Dalam sesi live itu juga, Intan sempat menegur seorang netizen supaya beradab ketika meninggalkan kome di media sosial kerana tidak semua orang adalah ‘sahabat’ di alam maya.

I rasa benda tu sensitif kot sebab you tak kenal I tiba-tiba you kata benda tu dekat I. Dia macam tak proper, mungkin you kena belajar lebih tentang manners. Kena belajar macam mana nak approach orang yang you tak kenal.

Intan yang kini hamil anak pertama turut berkongsi perkembangan terkini di mana dia mengalami penambahan berat badan yang banyak. Disebabkan itu, wajahnya sedikit tembam tidak seperti dulu.

intan najuwa

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @intanajuwa.fc


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas