Oh! Artis
Fattah Amin Dikejarkan Ke Hospital Sebelum ‘Live’, Abaikan Nasihat Doktor Minta Berehat
Pelakon popular, Fattah Amin, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami salah urat di bahagian leher baru-baru ini.
Kejadian itu berlaku sebelum beliau menjalani siaran langsung TikTok untuk mempromosikan produk kecantikan.
Fattah Amin dikejarkan ke hospital
Difahamkan, doktor telah menasihati Fattah Amin untuk berehat, namun demi tanggungjawab dan tugas pelakon ini tetap hadir untuk live.
Dalam keadaan lengan ada bekas suntikan, duta produk kecantikan ini meneruskan live selama dua jam seperti yang dijadualkan.
Tetap live walaupun dalam keadaan sakit
Itulah Fattah Amin kalau semua nak kenal. Dia tolak semua sakit, arahan doktor pun dia tak dengar sanggup datang live walaupun dalam keadaan sakit. Sebab tu live delay semalam dan kami yang minta dia end awal sebab kesian tengok keadaan dia yang kurang sihat. Insyallah kita tunda next live akan di bagitahu.
Melihat ke ruangan komen, ramai peminat menzahirkan rasa kagum terhadap komitmen Fattah, namun pada masa sama turut menasihatinya agar lebih mengutamakan kesihatan.
#OhmediaNasihat
Iyalah, sejak bercerai pada Oktober lalu, Fattah dihujani dengan pelbagai tawaran sebagai duta produk makanan dan kecantikan.
Sudah tentunya jadual pelakon ini padat sampai tak cukup rehat kan? Semoga yang baik-baik je untuk Fattah Amin. Dalam mencari rezeki, sebaiknya utamakan kesihatan untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @rissaskin_hq
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM