Connect with us

Oh! Media

Fattah Amin Akhirnya Bersuara Isu Netizen Mula ‘Meluat’ Melihat Kontennya

Copy of Untitled Design   2

Oh! Artis

Fattah Amin Akhirnya Bersuara Isu Netizen Mula ‘Meluat’ Melihat Kontennya

Nama pelakon, Fattah Amin sekali lagi menjadi perhatian apabila ada netizen yang meluahkan rasa ‘meluat’ melihat kontennya seperti yang tular sebelum ini menunjukkan dirinya memujuk yang sering muncul di FYP.

Menurut laporan Oh Bulan, Fattah juga menyatakan yang dia tidak mampu mengawal persepsi orang lain. 

Katanya lagi, setiap manusia mempunyai pandangan berbeza dan itu adalah sesuatu yang perlu diterima dengan hati terbuka.

IKLAN

Kalau ada orang sudah meluat lihat saya, itu saya tidak boleh komen. Sebab persepsi manusia berbeza-beza.

Fattah Amin mahu fokus pada tanggungjawab dan kerja

Fattah Amin

Bagi Fattah, semua konten yang dihasilkan adalah sebahagian daripada kerjanya sebagai duta produk dan memenuhi tanggungjawab yang diberikan oleh klien.

Dia juga tidak meminta videonya sering muncul di FYP tetapi menganggapnya sebagai satu bentuk rezeki.

Saya tak minta pun konten sering lalu FYP TikTok. FYP sebab ramai yang kongsikan video saya. Kalau perkara baik, saya sangat bersyukur kerana sudah pasti klien juga gembira dan berbaloi ambil saya sebagai endorsement.

Rezeki telah tertulis

Fattah Amin

Fattah percaya bahawa rezeki telah ditentukan oleh Allah dan dia hanya fokus memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diterima.

Fenomena atau tidak, FYP atau tidak, itu bukan kerja saya. Saya berikan yang terbaik, dan peminat serta klien suka, syukur alhamdulillah.

Fattah turut berkongsi bahawa dia cuba menyeimbangkan kehidupannya dengan sibuk bekerja sambil menikmati momen-momen kejayaan kecil seperti ini.

#OhmediaNasihat

Tidak semua orang akan menyukai apa yang kita lakukan, tetapi yang penting adalah terus fokus kepada tanggungjawab dan niat baik dalam setiap usaha kita. Belajarlah menerima kritikan dengan hati terbuka tanpa melupakan tujuan utama yang ingin dicapai.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas