
Oh! Artis
Caprice Seru Mangsa Gangguan Seksual Rakam Video
Caprice gesa mangsa gangguan seksual rakam bukti video. Kes pelajar dicabul jadi peringatan penting.
Dalam situasi yang semakin membimbangkan melibatkan gangguan seksual, penyanyi dan pempengaruh media sosial, Caprice tampil bersuara dengan menyeru agar semua wanita yang menjadi mangsa berani bertindak.
Nasihatnya menyuruh mangsa untuk rakam video dan kumpulkan bukti demi menegakkan keadilan.
“Jangan peduli kata netizen, rakam bukti!”- Caprice.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menegaskan, tindakan merakam bukan untuk mencari perhatian, sebaliknya ia menjadi elemen paling penting untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
Ramai tanya soalan bodoh ‘kenapa nak rakam?’. Mai saya jawab, sebab 99.9 peratus kes gangguan seksual akan jadi NFA (Tiada Tindakan Lanjut) apabila tiada bukti.- Katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Caprice turut menggesa masyarakat agar lebih peka dan mengajar anak-anak untuk bertindak bijak jika berdepan situasi mencurigakan.
Kita yang baca pun stres. Tengok profil ada isteri dan anak-anak. (Patutnya) kita ajar anak-anak kalau sesiapa cuba buat benda pelik, cepat-cepat cuba rakam supaya ada bukti.- Tambahnya.
Pelajar wanita diraba dalam bas, suspek warga asing ditahan…
Kenyataan Caprice itu dibuat susulan satu kes yang tular membabitkan gangguan seksual terhadap seorang pelajar wanita berusia 19 tahun di dalam bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral.
Menurut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 6 petang dan mangsa mendakwa dicabul oleh seorang lelaki warga asing sepanjang perjalanan pulang dari kolej.
Suspek yang bekerja sebagai tukang cuci di Melaka berjaya ditahan oleh pihak polis sebaik bas tiba di Melaka Sentral pada jam 8 malam. Kes ini menimbulkan kemarahan warganet dan sekali lagi menekankan pentingnya rakaman bukti untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.
Pssttt! Dalam dunia penuh cabaran ini, keselamatan diri harus jadi keutamaan. Jika anda atau orang sekeliling menjadi mangsa gangguan, jangan takut untuk bertindak. Rakam, lapor dan sebarkan agar pelaku tidak terus bebas mencemarkan masyarakat.
Kredit: Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
