Connect with us

Oh! Artis

“Bukan Persendakan Orang” – Dato’ Seri Vida Perjelas Isu Kibar Bendera Putih

Kecoh sebelum ini di media sosial apabila usahawan kosmetik terkenal tanah air, Dato’ Seri Vida memuat naik satu video di aplikasi TikTok miliknya yang memaparkan dia menyeru kepada orang ramai agar tidak terlalu berharap dengan bantuan bendera putih semata-mata.

BACA: “Jangan Harap Bantuan Bendera Putih Saja” – Dato’ Seri Vida Gesa Rakyat Jangan Malas Berusaha

IKLAN

Hal itu berlaku selepas seorang netizen memberikan komen ingin meminta bantuan daripada beliau, tetapi Dato’ Seri Vida membalas dan menyeru kepada masyarakat agar berusaha sambil menjadikan seorang pekerja gerai yang dikunjunginya sebagai contoh.

Namun, Dato Seri Vida telah memuat naik satu lagi video di aplikasi TikToknya dengan membalas komen seorang netizen yang menyatakan bahawa beliau tidak perlu mempersendakan orang jika tidak mahu memberikan bantuan.

Tersentak dengan perkara itu, Dato’ Seri Vida terus memuat naik sebuah video sebagai maklum balas kepada komen netizen itu.

Adakah kenyataan itu membawa maksud mempersendakan semua orang? Memang tak ada nak mempersendakan tentang isu bendera putih.

Ramai orang tak angkat bendera putih pun, mereka susah sebab malu dengan jiran, sebab malu nama keluarga sebab mengharap bantuan jika angkat bendera putih.

Menerusi video yang dikongsikan itu juga, Vida menjelas bahawa sampai bila masyarakat ingin mengharapkan bantuan bendera putih sahaja dan menggesa orang ramai berusaha mengubah nasib masing-masing.

Kalau angkat bendera putih sekalipun, sampai bila orang nak bertahan dengan perkara itu dan sampai bila nak harapkan orang akan bantu kita?

Akhirnya, semua orang perlu berusaha untuk mengubah nasib sendiri. Tiada orang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri.

Walaubagaimanapun, Dato’ Seri Vida ataupun nama sebenarnya Hasmiza binti Othman menjelaskan kenyataan beliau bukanlah ingin mempersendakan orang yang mengibarkan bendera putih, malah hanya ingin orang berusaha bagi mengubah nasib dikala musim pandemik ini dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata.

Kredit: Dato’ Seri Vida

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas