Connect with us

Oh! Media

“Jangan Harap Bantuan Bendera Putih Saja” – Dato’ Seri Vida Gesa Rakyat Jangan Malas Berusaha

Vidaa

Oh! Artis

“Jangan Harap Bantuan Bendera Putih Saja” – Dato’ Seri Vida Gesa Rakyat Jangan Malas Berusaha

Siapa tak kenal Dato Seri Vida? seorang usahawan kosmetik terkenal tanah air yang rajin mempromosikan produk-produknya dan juga pernah menaja sesebuah kelab bola sepak di Malaysia. Kesungguhan beliau bermula daripada bawah hingga sekarang wajar dipuji dan dijadikan role model kepada masyarakat.

Namun, baru-baru ini, Dato Seri Vida telah membuat sebuah hantaran di aplikasi TikTok miliknya yang menyeru kepada masyarakat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar terus berusaha bagi mengatasi masalah itu.

Ia bermula apabila terdapat seorang netizen yang memberikan komen meminta agar beliau menyumbangkan bekalan makanan oleh sebab terjejas akibat PKP. Beliau kemudian membalas komen tersebut dengan sebuah video.

IKLAN

Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas dan tak boleh nak beli pampers anak. Usaha!

Menurut video tersebut, beliau yang ketika itu sedang membeli di sebuah gerai menjadikan pekerja tersebut sebagai contoh untuk tidak malas mencari sumber rezeki

Tengok adik ni, depan rumah dia berniaga. Nak dekat setahun dia berniaga.

Dato Seri Vida juga turut bertanya kepada pekerja tersebut jumlah pendapatnya selama sebulan berniaga dan dia menjawab meraih pendapatan sebanyak RM200 hingga RM250 sehari.

Tengok, RM200 hingga RM250 sehari. Kau mampu? janji ada keinginan, janji ada usaha dam Janji menu kena sedap dan bersih.

Beliau turut menggesa masyarakat supaya lebih berusaha dan tidak mengharap bantuan bendera putih semata-mata.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen mepertahankan kenyataan daripada beliau selain menganggap apa yang dikatakan beliau cumalah sebuah motivasi supaya masyarakat tidak mengalah dalam menghadapi musim pandemik ini.

Kredit: Dato Seri Vida

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas