Banglo tiga tingkat di Seksyen 7, Shah Alam yang pernah menjadi bualan netizen kerana dikaitkan dengan YouTuber Isa Isarb, kini dilaporkan sedang mencari pemilik baru. Rumah tersebut yang bernilai RM9.7 juta sebelum ini, kini ditawarkan pada harga RM10 juta di laman hartanah PropertyGuru.
Segalanya kembali diperkatakan lepas pelabur hartanah, Ishaq Marazi, kongsikan iklan jualan banglo itu di Facebook pada 6 Mei lalu.
By the way, tenant YouTuber dah keluar dan owner tengah mencari buyer. Berminat boleh pm.- Tulis Ishaq.
Menerusi iklan tersebut, rumah ini dilengkapi tujuh bilik tidur, sembilan bilik air dan ada kolam renang peribadi.
Isa Isarb pernah dakwa beli rumah dengan titik peluh sendiri…
Terdahulu, Isa Isarb pernah memuat naik video menunjukkan dirinya menetap di rumah mewah itu dan mendakwa ia dibeli hasil titik peluhnya sendiri. Ramai yang kagum dan menjadikannya inspirasi, malah video itu turut meraih perhatian meluas di media sosial.
Beberapa hari selepas itu, Ishaq tampil lagi dengan pendedahan bahawa rumah tersebut sebenarnya bukan milik Isa.
Nama Isa tidak muncul dalam semakan hak milik dan rumah itu sebenarnya disewa.
Isa kemudian menjelaskan bahawa dia memang menyewa rumah tersebut dan sedang menunggu proses pembelian selesai. Walaupun Isa beri penjelasan, ramai netizen tetap berpendapat cara penyampaiannya sebelum ini agak mengelirukan.
Ia seolah-olah menggambarkan rumah itu sudah menjadi miliknya, padahal belum sah milik pun. Ishaq turut mencabar Isa untuk kemukakan bukti sah jika benar rumah itu sudah dibeli.
Kejujuran Isa Isarb kembali dipersoalkan…
BACA: “Awak Patutnya Bukan Hubungi Ejen” – Isa Isarb Akhirnya Perjelas Difitnah Isu Tipu Beli Rumah RM9.7 Juta
Kisah ini mencetus semula perdebatan tentang kejujuran pempengaruh dalam menghasilkan kandungan.
Dalam era media sosial yang penuh persepsi, ramai menggesa agar mereka lebih telus dan bertanggungjawab, supaya kepercayaan pengikut tak disalahgunakan demi tontonan.
Pssttt! Kalau betul rumah tu disewa, cakap je sewa. Netizen sekarang bukan tak sokong kejayaan orang, tapi mereka lebih menghargai kejujuran. Bila kita manipulasi naratif untuk nampak gah, akhirnya yang rugi adalah kepercayaan orang pada kita. Dalam dunia yang penuh konten, kredibiliti itu lebih mahal dari banglo RM10 juta.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.