Connect with us
kim pan gon

Oh! Arena

Kim Pan Gon Perlu Bayar Pampasan RM3.16 Juta Kepada FAM

Bekas Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas mengambil keputusan untuk meletak jawatan walaupun masih mempunyai kontrak berbaki 1 tahun.

Walau bagaimanapun, FAM tidak akan membuat keputusan terburu-buru kerana melihat sumbangan yang telah diberikan oleh Kim Pan Gon selama bertugas sebagai jurulatih Harimau Malaya.

IKLAN
kim pan gon

Selama mengendalikan skuad utama Malaysia, Jurulatih asal Korea Selatan itu telah membawa pasukan negara layak ke Piala Asia dan menaikkan ranking ke kedudukan yang lebih baik.

Namun, jodoh beliau bersama Malaysia berakhir semalam selepas umum perletakan jawatan. Desas-desus mengatakan beliau mendapat tawaran menjadi pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

kim pan gon

Jap!


Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas