Connect with us

Oh! Media

Dua Pesawat TUDM Dihantar Ke Mesir, Bawa Warga Palestin Cedera Untuk Rawatan Di Malaysia

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Negara

Dua Pesawat TUDM Dihantar Ke Mesir, Bawa Warga Palestin Cedera Untuk Rawatan Di Malaysia

Dua pesawat pengangkut Airbus A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza di Mesir untuk misi kemanusiaan di Palestin.

Pesawat tersebut ditugaskan membawa warga Palestin yang cedera ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan perkara ini dan akan memberi maklumat lanjut sebaik sahaja pesawat tiba.

IKLAN

Ya, saya akan memaklumkan kepada media (tentang tempat rawatan mereka) apabila mereka tiba.

Misi ini menjadi perhatian ramai selepas beberapa individu berkongsi di laman FlightRadar 24 mengenai pergerakan dua pesawat A400M dengan nombor panggilan RMF148 dan RMF147.

Pesawat tersebut dilihat berlepas dari Pangkalan Udara Subang sekitar jam 7 malam pada hari Selasa sebelum dilaporkan tiba di Kaherah, Mesir.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan akan membantu merawat warga Palestin yang cedera, terutamanya wanita dan kanak-kanak, dengan membawa mereka ke Malaysia. Pengumuman tersebut dibuat semasa acara kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, turut memaklumkan bahawa rakyat Palestin yang cedera masih dalam proses di Mesir sebelum mereka boleh dibawa ke Malaysia untuk rawatan selanjutnya.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Bernama


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas