Oh! Arena
Atlet Sukan Olimpik Paris Dibakar Hidup-Hidup Oleh Teman Lelaki
Dilaporkan Atlet Maraton Sukan Olimpik dari Uganda, Rebecca Cheptegei dibakar secara hidup-hidup oleh teman lelakinya di Kenya sehingga meninggal dunia.
Atlet berusia 33 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan parah dan pihak hospital mengesahkan bahagian kulit mangsa melecur 80 peratus dan organnya tidak berfungsi.
Menurut pihak Polis, Cheptegei yang sebelum ini menyertai acara maraton di Sukan Olimpik Paris disimbah petrol dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Dickson Ndiema Marangach.
Kejadian itu juga disaksikan oleh anak perempuan mangsa yang turut mengalami kecederaan akibat melecur sebanyak 30 peratus pada tubuhnya.
Kredit: Buletin TV3
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM