
Oh! Arena
Cristiano Ronaldo Jaringkan Gol Ke-900 Dalam Kerjaya Sebagai Pemain Bola Sepak
Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo kini boleh dianggap lagenda selepas menjadi pemain pertama menjaringkan gol ke-900 untuk kelab dan negara.
Beliau yang beraksi bersama Portugal dalam perlawanan UEFA Nations League awal pagi ini berjaya melakukan gol epik tersebut pada minit ke-34.
Ini merupakan perlawanan pertama liga berprestij eropah itu antara Portugal dan Croatia di mana kedua-dua negara ini diundi dalam kumpulan A bersama Poland dan Scotland.
Misi jaringkan 900 gol sudah selesai. Ronaldo mungkin kembali dengan misi baru iaitu menjadi pemain pertama mencatat 1,000 gol bersama kelab dan negara.
Kredit: Portugal
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
