Connect with us

Oh! Media

Tak Bagi Muka! Suami Dhabitah Sabri Saman Netizen ‘Edit’ Gambar Isteri Jadi Tak Senonoh

ohmedia dhabitah sabri 2

Trending

Tak Bagi Muka! Suami Dhabitah Sabri Saman Netizen ‘Edit’ Gambar Isteri Jadi Tak Senonoh

Dalam kemeriahan sukan Olimpik Paris 2024, ada netizen tidak bertanggungjawab telah menyunting gambar atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri menjadi tidak senonoh.

Perkara itu telah mengundang kemarahan suaminya iaitu selebriti dan anggota kumpulan lawak Masin, dikenali sebagai Jiggy.

Lapor Harian Metro, Jiggy atau nama sebenarnya Aizat Nazri tidak beri muka dan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

IKLAN

Ujar Jiggy, sebanyak dua keping gambar telah sampai ke pengetahuannya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir.

Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan.

Sanggup menyunting dan memuatnaik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara.

Jiggy beranggapan tindakan ‘edit’ gambar menjadi tidak senonoh adalah keterlaluan dan dia tidak dapat menerima hinaan seperti itu.

Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Nur Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi.

Beliau faham jika netizen mahu mengecam dan memandang dari sudut sukan, tetapi apabila sudah melebihi hadnya seseorang harus diberikan pengajaran.

ohmedia dhabitah sabri 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas